Ahad, 23 Mac 2014

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Objek Dipercayai Rakit Penyelamat <b>Di</b> Dalam Pesawat Ditemui <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2014 08:32 AM PDT

Gambar Bot Penyelamat MH 370

Sumber gambar : Harian Metro

Dalam misi pencarian pesawat MAS MH 370 yang hilang yang sudah masuk hari ke-5, sekumpulan nelayan telah berjaya menemui satu objek yang dipercayai Rakit Penyelamat Pesawat @ Aircraft Lifeboat di kawasan perairan Selat Melaka,10 Batu nautika dari Kuala Linggi. Tetapi…

bukti yang amat penting itu dipercayai telah tenggelam selepas diserahkan nelayan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Contoh Bot Penyelamat MAS MH 370 Boeing

Contoh Bot Penyelamat

Nelayan tersebut, bersama tiga rakan yang lain yang memang mengikuti perkembangan kes kehilangan Pesawat MAS MH370  tertarik untuk melihat objek tersebut lebih dekat dan akhirnya mengetahui bahawa objek tersebut berkemungkinan adalah bot penyelamat untuk pesawat.

Rakit Keselamatan Pesawat Boeing MH 370

Belayan bersama Bot Penyelamat Pesawat

"Kami berjaya mendapatkannya dan mengikat pada bot kerana takut ia tenggelam.Objek itu mungkin tidak mampu untuk terapung lama oleh kerana koyak atau bocor.Apa yang lebih meyakinkan kami adalah tulisan 'BOARDING' pada bot tersebut."

Selepas sahaja Bot APMM sampai, beliau terus menyerahkan bukti itu kepada mereka dan terus menyambung semula kerja menangkap ikan.

Bukti yang mungkin boleh menjadi bukti penting dalam insiden MH 370 itu bagaimanapun, tenggelam dan petugas-petugas APMM cuba untuk mendapatkan semula, namun gagal kerana ia terlalu berat.

Apa yang menjadi tanda-tanya, apakah prosedur APMM dalam cuba menaikkan bot tersebut? Bagaimana seorang nelayan boleh berfikir untuk mengikat bot tersebut terlebih dahulu tidak diikuti oleh pegawai-pegawai APMM? Kes pesawat MAS MH 370 yang hilang ini bukan kes kecil.

Satu dunia memerhati perkembangan terkini berhubung kehilangan pesawat MH 370 dan apa-apa petunjuk berkaitan insiden ini adalah amat penting.Kami bukan nak salahkan APMM dalam perkara ini.Tapi kami berharap agar APMM mengusahakan sesuatu untuk cuba mendapatkan semula bot tersebut.

Apap pula pandangan ada dengan isu bot penyelamat yang dijumpai di Linggi ini?

Baca Lagi 4 Artikel yang Berkaitan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads