ads

Ahad, 30 Mac 2014

05 di gemas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Artis kelahiran <b>Bahau</b>, Negeri Sembilan, Malaysia dimaki <b>di</b> China <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2014 03:27 AM PDT

Penyanyi kelahiran Malaysia yang popular di China, Fish Leong antara selebriti yang menjadi mangsa buli rakyat negara China ekoran tragedi pesawat milik Malaysia Airlines (MAS), MH370.

Baru-baru ini Fish Leong ada mengemaskini laman sosial Weibo miliknya dengan meluahkan rasa simpatinya terhadap mereka yang tidak bernasib baik di dalam kapal terbang tersebut, bagaimanapun tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan rakyat di China.

Seperti yang umum sedia maklum, kebanyakan ahli keluarga dan waris penumpang kapal terbang MH370 di China tidak dapat menerima kenyataan apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat berkenaan hilang di Lautan Hindi.

Sejak pengumuman tersebut, kedutaan Malaysia di negara China menjadi lokasi keluarga mangsa berkumpul dan mengadakan protes secara besar-besaran.

Selain menghamburkan kata-kata kesat kepada Leong, salah seorang pengguna laman sosial juga memaki hamun anak di dalam kandungan penyanyi itu.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak membela Fish Leong dengan meminta mereka yang memaki hamunnya supaya berfikir secara rasional dan tidak menyalahkan penyanyi-penyanyi Malaysia di atas insiden ini.

"Adakah Fish Leong juruterbang pesawat MH370? Adakah Leong bertanggungjawab merampas pesawat itu? Adakah Leong individu yang mengugut kerajaan Malaysia? Adakah Leong yang membuatkan pesawat itu terhempas? Jika jawapan kepada semua soalan ini adalah Tidak, lebih baik berdiam diri. Kerajaan mungkin teruk, tapi tidak bermakna rakyat Malaysia berhati jahat. Berhenti menjatuhkan air muka kita" (People's Republic of China). – Sumber

Fish Leong merupakan anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan namun berdarah China dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di Taiwan sebelum dikenali di beberapa buah negara lain.

Sementara itu, pelakon popular China, Zhang Ziyi turut menegur Malaysia yang disifatkan tidak bersikap telus dan tidak berkata benar mengenai status pesawat MH370.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved