Isnin, 6 Januari 2014

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


seri <b>di paroi</b>-berada di kedudukan kedua kumpulan - gomo merah

Posted: 28 Aug 2013 12:33 AM PDT

Ini lah skuad yang diturunkan semalam bertemu Negeri Sembilan FA di Paroi.

1-1.. Itu lah keputusan penuh perlawanan antara Kelantan FA dan Negeri Sembilan FA yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi semalam. Gol hasil jaringan Dickson bagi Kelantan FA dan Fabio bagi Negeri Sembilan FA menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.


Keputusan tersebut meletakkan Kelantan FA yang berkongsi 5 mata dengan Pahang FA yang mencatat 1 kemenangan dan 2 keputusan seri. Perbezaan jaringan meletakkan Pahang FA berada di kedudukan pertama, diikuti Kelantan FA, Negeri Sembilan FA ditempat ketiga dan Terengganu FA di tempat keempat.

Penyokong kedua-dua pasukan sangat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan. Penjaga gol Kelantan FA, Khairul Fahmi Che Mat merupakan individu yang paling disukai ramai penyokong apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti.

Kelantan FA nampaknya sekali lagi mengulangi kesilapan ketika bertemu Pahang FA pada perlawanan pertama dahulu. Mereka mendahului lawan dan tidak mampu menambah jaringan dan akhirnya kubu pertahanan melepaskan 1 gol bagi pihak lawan menyamakan kedudukan.

Ini menunjukkan Kelantan FA mempunyai 2 krisis yang harus diperbaiki sebelum bermulanya saingan kedua peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013 ini. Tidak dapat menambah jaringan dan pertahanan yang mudah ditembusi adalah perkara yang harus ditangani segera. Apa yang dapat diperhatikan, corak permainan Kelantan FA dalam saingan Piala Malaysia 2013 ini agak rumit untuk menjaringkan gol. Mungkin Bojan Hodak boleh melakukan sedikit perubahan yang boleh memberi kesan besar kepada corak permainan Kelantan FA.

Untuk pusingan kedua kumpulan C, Kelantan FA akan menerima kunjungan Negeri Sembilan FA pada 31 Ogos ini dan akan bertandang ke Kuala Terengganu sebelum bertemu Pahang di Kota Bharu untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

6 mata yang diperolehi dalam saingan peringkat kedua nanti sudah pastinya akan melayakkan Kelantan FA bermain di peringkat suku akhir dan akhirnya mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu.

Sama-sama kita doakan kejayaan skuad Kelantan FA dan saya pasti Stadium Shah Alam akan menjadi saksi kejuaraan kita nanti.

Gomo Kelate Gomo.

MBI bina 217 unit rumah rakyat <b>di Paroi</b> mulai 2014 - Utusan Online

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

SEREMBAN 13 Sept - Perbadanan Menteri Besar (MBI) bersama Restu Pertiwi Sdn. Bhd akan membangunkan kawasan seluas 16.89 hektar di Paroi dekat sini dengan pembinaan 217 unit rumah mulai pertengahan tahun depan.

Ahli Lembaga MBI, Datuk Mat Ali Hasan berkata, projek itu yang dikenali sebagai Pinggiran SIGC (Seremban International Golf Club) melibnatkan pembinaan 148 unit rumah teres dua tingkat, 38 unit rumah berkembar dua tingkat dan 31 unit rumah banglo dua tingkat.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan negeri berkata, projek yang berkonsep moden dan kontemporari itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Ia adalah tanda kejayaan melaksanakan projek yang berprestij di kawasan yang menjadi tarikan ramai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Restu Pertiwi, Mustaza Musa.

Mat Ali berkata, walaupun pihaknya masih menunggu kelulusan muktamad daripada pihak yang berkenaan mengenai harga rumah tersebut, pendaftaran telah dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk membeli rumah berkenaan.

Jelasnya, ia dilaksanakan secara 'siapa cepat dia dapat' memandangkan jumlah unit yang terhad.

Tambah beliau, pihaknya juga masih dalam proses memuktamadkan reka bentuk akhir rumah yang hendak ditawarkan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads