Isnin, 20 Januari 2014

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


15 lot premis niaga bakal dibuka <b>di Kuala Klawang</b> - Utusan Online

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

15 lot premis perniagaan baharu yang bakal dibuka berhampiran Stesen Bas Kuala Klawang, dekat Jelebu, Negeri Sembilan tidak lama lagi.

JELEBU 17 Jan. - Sebanyak 15 lot premis perniagaan baharu yang menawarkan pelbagai jenis produk termasuk pakaian dan makanan bakal dibuka berhampiran Stesen Bas Kuala Klawang, dekat sini tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, temu duga telah dijalankan pada minggu lalu terhadap para peniaga yang berminat untuk menjalankan perniagaan di premis yang dibangunkan oleh Majlis Daerah Jelebu (MDJ) itu.

"Kita menyarankan supaya diberi kepada mereka yang mampu untuk berniaga memandangkan sewa bulanan adalah sebanyak RM450 untuk satu lot kedai.

''Setakat ini sambutan bagi permohonan untuk berniaga yang diterima amat menggalakkan khususnya daripada peniaga dari kawasan ini," katanya di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads