Jumaat, 31 Januari 2014

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jan 2014 11:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 11:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Juasseh</b> Cafe: ALCOHOL. PROMOSI &#39;MOMOKAN&#39; SUCI DAN HALAL

Posted: 02 Jan 2014 12:52 AM PST


Suatu ketika aku terdengar diradio, satu iklan yang mempromosikan barangan, apa yang menarik ialah iklan itu mempromosikan barangannya khas untuk umat Islam dengan menyebut barangan mereka suci dan bersih tanpa alcohol. Produk yang di promosikan seperti pewangi dan barangan penjagaan peribadi lain, apabila mereka menyatakan produk mereka suci bersih tanpa alcohol seolah olah produk mereka saja yang suci bersih dan produk orang lain kotor belaka. Dalam dunia semakin berenovatif, infomarsi terkini, dunia tanpa sempadan, globalisasi, perpustakaan di hujung jari, 'on de dot', masih ada juga pihak pihak yang mengunakan slogan slogan basi untuk mempromosikan sesuatu produk.
   Sehingga kini masaalah halal haram 'Alcohol' masih lagi menjadi tanda tanya kepada umat Islam, dalam majlis majlis agama oleh ustaz ustaz yang terkenal mahupun tidak terkenal, apabila ada sesi soal jawab agama dalam banyak banyak itu akan adalah terkeluar soalan berkenaan 'Alcohol'. Walaupun telah dibincang dan dimuzakarah kemudian di keluarkan fatwa, tetap masih ada yang bertanya mengenainya, walau dah di perjelaskan oleh ustaz ustaz dan dah berpuluh puluh artikel di tulis berkenaan perkara yang sama, tetap masih ada yang bertanya.
   Setelah berpuluh tahun berlalu, muzakarah dan fatwa telah lama menetapkan, tetap masih timbul keraguan, tetap masih ada yang berdegil dengan pegangan pegangan lama mereka, tetap tidak mahu menerima apa yang telah ditetapkan, berpuluh tahun lagi pun akan tetap akan ada persoalan.
   Slogan berbunyi seperti "Ia suci tanpa alkohol" atau "Pastikan ia halal tanpa alkohol" hanyalah semata mata untuk melariskan barangan dengan memberi tumpuan kepada prospek prospek dari kalangan umat Islam. Produk khusus seperti minyak wangi, penyembur badan atau produk produk kosmetik banyak diiklankan seperti ini, ia seolah olah mengambarkan produk lain yang mengandungi alkohol tidak bersih, bernajis atau haram digunakan.
   Sebagai umat Islam yang maju dan moden kita tidak mahu lagi dimomokkan dengan propaganda propaganda usang yang sepatutnya sudah hilang dalam lipatan. Walaupun majlis fatwa masih lagi terkeliru dengan isu alkohol, masih lagi ada ahli ahli agama didalam majlis fatwa itu tidak memahami atau kurang faham dengan fakta fakta sainstifik tetapi sekurang kurangnya telah ada ketetapan fatwa yang jelas berkenaan perkara yang bersangkutan. Ketetapan yang kurang jelas atau tidak lengkap dari majlis fatwa itu tidak bermakna majlis fatwa tidak mempunyai garis panduan dalam isu ini.
   Sekali lagi pihak berwajib diseru mengambil tindakan tegas keatas pihak pihak yang masih lagi menyebarkan sebarkan risalah risalah atau mengiklankan produk dengan slogan yang berkaitan supaya ianya menjadi selari dengan fatwa yang telah di persetujui bersama. Kita tidak mahu umat Islam terus terkeliru dan terus terusan tidak memahami dalam isu 'Alcohol' yang telah berpanjangan dikelirukan hanya kerana kejahilan kita yang tidak mahu memahami duduk sebenar perkara dalam isu ini.
   Akhir kata marilah kita menuju kejayaan dengan dengan cara yang halal bukan dengan memomokan perkara halal haram, suci atau bernajis hanya untuk sekelumit rezeki. Pasaran kita akan lebih luas jika kita membuka minda kita kearah yang lebih Islamik bukan sekadar menumpukan prospek dari kalangan umat Islam sahaja. Jangan kelirukan saudara seagama hanya untuk memenuhkan poket sendiri.
Sekian, Ikhlas dari 'Juasseh Cafe'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads