ads

Ahad, 26 Januari 2014

05 di gemencheh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


paudestinasi: Gemencheh dan <b>Gemas</b> Dec 2013

Posted: 30 Dec 2013 08:22 AM PST

Gemencheh dan Gemas?
APA YANG ADA di Gemencheh dan Gemas
|
Moncheh dan Gomeh, dalam loghat Negeri Sembilan.
Pekan Gemencheh kecil sahaja. Kiri dan kanan di laluan jalanraya kelihatan ladang-ladang kelapa sawit, getah dan kawasan perkampungan. MRSM Gemencheh yang telah merancakkan suasana dan juga ekonomi di daerah Gemencheh ini.

2km dari MRSM Gemencheh kearah Gemas, terdapat sebuah TUGU PERINGATAN PERANG DUNIA KEDUA - JAPAN & AUSTRALIA. Terletak di tepi jalan utama tetapi laluan ke lokasinya memang tidak sempurna.
Suasana di situ memang sepi dan perlu dilakukan sesuatu seperti mendirikan Muzium Mini dan juga Medan Selera masakan tradisi di daerah ini seperti Rendang Sayur Maman yang memang terkenal bagi penduduk Gemencheh. Ini dapat menggalakkan perlancongan di daerah ini.
Cam meriah jer!.... berduyun-duyun kereta singgah.... teruja pulak nak tau. Wah! Ada gerai jual air kelapa muda.... selain itu ada jual goreng-gorengan seperti goreng pisang, popia, cucur udang, keropok lekor dan cempedak goreng. Buah-buahan potong pun ada.... Laksa Utara? pun ada. Selera jugak.
Gerai RAMBO CORNAR tetapi nama gerai ini tersorok di belakang pokok. Mengikut kata taukehnya, namo kodai ni ganeh bonar...sogan den. Gerai ini terletak sebelum sampai pekan Gemencheh dari arah Tampin.
Stesen keretapi Gemas telah dibina semula dan siap pada tahun 2012. Memang sebuah stesen yang cantik dan terletak di tengah-tengah pekan Gemas. Di sinilah pertemuan laluan diantara ke pantai timur,  selatan dan ke utara. Pertukaran kepala keretapi akan berlaku di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved