Sabtu, 7 Disember 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


15,291 kes kehilangan kad pengenalan dilapor <b>di Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2013 02:45 PM PST

SEREMBAN: Sejumlah 15,291 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan di Negeri Sembilan dari bulan Januari hingga Oktober lepas, kata pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sembilan Mohd Faizal Abdul Manap.

Beliau berkata bagi tempoh yang sama, sebanyak 565,157 kes kehilangan kad pengenalan berlaku di seluruh negara.

"Jumlah kes kehilangan yang tinggi ini boleh memberikan kesan yang negatif terutamanya jika kad pengenalan tersebut jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya pihaknya telah pun mencadangkan langkah terbaru bagi mengatasi isu tersebut dan ia sedang diteliti di peringkat Jabatan Peguam Negara.

Mengenai Ops ID, beliau berkata sebanyak 128 orang pengawal keselamatan daripada 25 premis di negeri ini telah diperiksa dari 29 Oktober hingga semalam.

Bagaimanapun, katanya tiada tangkapan dibuat dan didapati semua pengawal keselamatan tersebut mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya operasi ini akan diperluaskan di semua daerah di negeri ini.

Beliau berkata operasi semakan kad pengenalan milik pengawal keselamatan yang terlibat telah dijalankan setiap minggu di bank, pasar raya, taman perumahan, kedai emas dan premis lain perniagaan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads