Rabu, 4 Disember 2013

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Muhammad Qul Amirul Hakim: <b>Nilai</b> 3, <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b> Darul <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2013 05:27 PM PDT

Assalamu'alaikum,
Sementara ada masa yang sedikit ini, hamba paparkan gambar-gambar yang dirakam semasa ke Nilai 3 di Nilai, NSDK beberapa minggu yang lalu. Kami sampai agak awal, dalam 11 pagi juga rasanya.  Hamba berpeluang 'mengikuti' perkembangan Nilai 3, dari kawasan perindustrian ringan yang 'tidak menjadi', ia ditukarkan menjadi kawasan pusat barang borong di Malaysia.  Mula-mulanya, banyak kedai perabut, kemudian 'naik' kedai karpet sana sini, kemudian naik kedai kain dan kemudiannya kedai barang kahwin. Nilai 3 memang luas, kalau nak berjalan kaki keseluruhan kawasan ini memang tidak mampu rasanya. Biasanya bas pelancong singgah ketika Sabtu dan Ahad, serta musim cuti sekolah. Ringkasnya ada beberapa barang yang anda boleh mendapat banyak pilihan jika ke Nilai 3 berbanding tempat lain iaitu:
  • Barang-barang perkahwinan. Memang harga borong dan kedai-kedainya besar-besar dan banyak pula. Namun pastikan anda mempunyai harga di tempat anda dahulu sebelum ke Nilai 3 untuk mencari 'nilai terbaik' barang anda. Pastikan anda membandingkan harga sesama kedai di Nilai 3 kerana banyak kedai menawarkan barang yang sama.
  • Karpet dan permaidani.  Dulu sedikit, sekarang ini memang banyak kedai karpet dan permaidani termasuk sebuah 'gudang' yang masih dalam Nilai 3. Anda boleh pilih, cari dan bandingkan pelbagai jenis karpet dan permaidani dari pelbagai jenis kualiti.  Hamba beli sejadah untuk solat di rumah sewaktu berjemaah dengan keluarga  pada waktu Maghrib dan Isyak. Kadang-kadang orang Islam 'agak kedekut' bab barang ibadat tetapi 'berbelanja besar' bab barang tidak penting. Harga dalam RM150, tawar punya tawar dapat juga RM100. Sejadah ini kualiti '2 juta tenunan'.
  • Kain ela dan pakaian.  Nilai 3 memang banyak kedai kain ela dan pelbagai kain wanita, pakaian kanak-kanak, pakaian sekolah dan pelbagai jenis pakaian.  Cuma lokasinya agak berselerak di sana sini. Sebab itu, hamba lebih suka ke Nilai Square di Bandar Baru Nilai yang lebih tersusun. Walaupun begitu, rasanya Nilai 3 telah menyebabkan orang Lembah Klang tidak pergi ke Tangkak lagi...
  • Kedai barang perabut, khususnya kedai perabut jati.  Dulu lebih banyak kedai perabut, tetapi kini agak kurang. Kedai perabut jati memang ada berselerak di pelbagai lokasi di Nilai 3.  Kadar penghantaran perabut ke rumah bergantung kepada nilai belian anda, dari percuma sampai berbayar.
  • Kedai barang lain seperti kedai barang-barang lampu, aksesori kereta, peralatan rumah, barang perhiasan rumah dan lain-lain lagi. 

Sebenarnya, isteri hamba nak belikan barang sedikit untuk kenduri sepupu hamba hujung November ini.  Ia tidaklah mahal,  sekadar 'tanda sokongan kami' kepada beliau sebab beliau sepupu hamba terakhir yang masih bujang. Sepupu pun dua orang saja. Masyarakat Islam sekarang, khususnya orang Melayu dah banyak ikut Barat dalam kahwin. Bertunang pun berbelanja besar, ada yang macam kenduri kahwin. Kemudian nak pakai sedondon, majlis akad nikah lain, majlis kenduri di belah pengantin perempuan lain pakaiannya, kenduri di belah pengantin lelaki lain pula. Ada warna tema, tak mau bunga telur lagi, bagi kek la, gula-gula, coklat, macam2, bungkus pula dalam beg kertas berkualiti dan lain.  Tu belum sembang bab artis, VVIP kahwin, lagilah membazir hakikatnya. Masyarakat lupa tujuan perkahwinan dan apa yang dicari dalam sebuah perkahwinan. Hamba kahwin 17 tahun dahulu, cukup mudah, ringkas dan amat sederhana majlis akad nikah dan kenduri di kedua-dua pihak. Yang penting adalah keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Keberkatan ini penting dan 'boleh diperolehi dalam majlis akad nikah sebenarnya'. Bagaimana? Itu tak boleh cerita di sini, kecuali berjumpa secara berhadapan. Tak sampai 2 jam kami di sini, kami balik ke BBBangi. Satu tip untuk beli-belah di Nilai 3, datang pada hari bekerja, bukan Sabtu atau Ahad. Wassalam.




                                                               Kedai barang kahwin

ehmmm, dah ada kedai kes lapis Sarawak di sini
masih kawasan makan-minum




Set satu lajur 4 tingkat tu beratus-ratus harganya.

Salah satu restoran yang ada
Kedai karpet dan permaidani
Banyak buah-buahan dijual, harga hamba tak tahu sebab tak beli pun

Kawasan yang kosong kerana ??? ini dibiarkan peniaga jual barang bilik tidur


Kedai karpet dan permaidani lagi

Kedai karpet dan permaidani 
Kedai karpet dan permaidani 



Kedai karpet dan permaidani 
Kedai karpet dan permaidani 










Kedai perabut dan perabut jati

Kedai perabut dan perabut jati
Kedai perabut dan perabut jati












Textile Walk - kedai kain dan pakaian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads