Khamis, 12 Disember 2013

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Bicara Seorang Pengetua: Taklimat sarana <b>di</b> SMK <b>Mambau</b>--30 <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 12:08 AM PST

Alhamdulillah...akhirnya terrtunai jugalah hajat guru-guru di SMK Mambau dan nbiat saya untuk bersama mereka di dalam sessi penerangan mengenai program Sarana ibu bapa dan sarana sekolah.

Walaupun , sepatutnya saya berada di dalam satu majlis lain di Port Dickson, namun disebabkan pertemuan ini telah diaturkan terlebih awal, maka saya tidak dapat menolak permintaan mereka. Apatah lagi , kali ini saya berpeluang kembali ke sekolah yang pernah saya berkhidmat sebagai GPK Hem pada tahun 1998 dahulu.

Ternyata sekolah ini telah berubah jauh semenjak saya meninggalkannya pada tahun 1999 yang lalu. Tambahan dengan persekitaran yang baru, bangunan baru, kelas khas yang diwujudkan dan cat yang baru serta kemudahan yang hebat, sekolah ini telah mula mengukir nama yang hebat.

Saya rasa bertuah berkongsi tajuk Sarana dengan mereka dan ternyata mereka amat tertarik dan gembira dengan sessi penerangan tersebut. Dalam suasana petang Rabu , hujan yang lebat , sessi ini berjalan dengan penuh ceria dan mereka amat tertarik dengan paparan yang diberikan terutamanya berkaitan dengan perlaksanaan Program Sarana di SMKTTJ.

Sekolah ini adalah di antara sekolah yang menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap perlaksanaan Sarana. Sebelum ini , mereka telah menghantar hampir 90 orang peserta yang terdiri daripada PIBG, guru dan pelajar untuk melawat SMKTTJ dan mendengar penerangan daripada penjaga SMKTTJ  sendiri mengenai Sarana.

Hebat dan bersemangat sungguh guru-guru SMK Mambau untuk mendengar taklimat tentang Sarana ini. Walaupun ini merupakan kali ke 3 taklimat dan lawatan benchmark telah diadakan, namun mereka tetap bersemangat untuk mendengarnya.

Suatu yang menariknya, saya sempat berjumpa dengan beberapa rakan guru semasa saya menjadi GPK hem di sekolah ini pada 1998 dahulu. Mereka masih enmgenali saya dan saya masih mengecam muka mereka. Sempat saya rakamkan wajah mereka satu persatu



  Guru-guru ini amat sporting dan memang sesuatu yang paling membahagiakan apabila dapat berkongsi pengalaman dengan mereka semua.

Semoga sekolah ini akan terus cemerlang. Banyak sungguh perubahan fizikal yang berlaku di sekolah ini berbanding pada tahun 1998 dahulu. Tahniah, SMK Mambau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads