Sabtu, 28 Disember 2013

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Aedes Mengganas <b>Di Bahau</b>, 60 Diserang Denggi | OhDunia Dot My

Posted: 26 Dec 2013 04:13 PM PST

Serangan nyamuk Aedes di Bahau, Negeri Sembilan semakin mengganas apabila seramai 60 penduduk dari empat perkampungan diserang demam Denggi dalam tempoh dua bulan ini.

Ahli Majlis Daerah Jempol, Phoon Kow Chai berkata, siasatan awal pihaknya mendapati 60 mangsa Denggi itu dari Kampung Melati, Kampung Pa Kah Choon, Kampung T-Juara dan Taman Pelating yang majoritinya masyarakat berbangsa Cina.


"15 daripada 60 mangsa tersebut merupakan kes baru dan kesemua 15 mangsa tersebut berasal dari Kampung Pa Kah Choon. Semua mangsa sudah beransur pulih.

"Saya berharap penduduk setempat mengambil inisiatif sendiri untuk membersihkan persekitaran rumah bagi mengelakkan insiden sama berulang," kata Phoon yang juga merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jempol.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Pa Kah Choon, Yap Cheng Hua, berkata, tindakan awal telah diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jempol dengan melakukan semburan ubat nyamuk (fogging).

Salah seorang mangsa, Wan Nen, 40, pula berkata beliau ditahan di Hospital Jempol selama lima hari dan baru sahaja dibenarkan pulang kelmarin.

"Saya yang mula-mula kena kena demam Denggi dalam keluarga. Selepas itu kakak dan abang pula yang kena demam Denggi. Tetapi kakak dan abang sya juga sudah mula sembuh," katanya.

Sinar Harian difahamkan, Adun Bahau, Chew Seh Yong turut melawat keadaan Kampung Pa Kah Choon kelmarin selepas menerima aduan berhubung demam denggi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan berkata, beliau memandang serius semua laporan kes denggi dan ianya akan disiasat.

"Nyamuk Aedes boleh membiak di dalam dan luar rumah atau mana-mana sahaja tempat yang boleh menakung air jernih.

" Justeru itu adalah digalakkan agar orang ramai menggunakan penghalau nyamuk pada awal pagi dan lewat petang," katanya ketika dihubungi.

Semburan asap tidak berkesan

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau, Chew She Yong (DAP) menyatakan rasa kekesalan beliau kerana walaupun kes denggi di Bahau itu sudah dikesan sejak dua bulan lalu tetapi Jabatan Kesihatan masih gagal untuk mengawal pembiakan nyamuk Aedes.

"Sejak dua bulan lepas beberapa mangsa menghidapai demam Denggi dan Jabatan Kesihatan ada melakukan semburan asap.

"Malangnya kes demam Denggi tetap berulang dan sehingga kini seramai 60 penduduk setempat telah menjadi mangsa demam Denggi.

"Ini bermakna bahan atau racun yang digunakan untuk membunuh nyamuk Aedes tidak berkesan.
"Ini bukan masalah di Bahau sahaja tetapi masalah nasional. Di Johor misalnya dilaporkan kes demam Denggi naik 300 peratus pada tahun ini berbanding tahun lepas.

"Bermakna racun atau kaedah yang Kementerian Kesihatan gunakan kini sudah tidak begitu berkesan.
"Saya menyeru Menteri Kesihatan mengambil serius perkara ini dan membentuk satu pasukan khas untuk mengkaji, mencari kaedah mengawal dan menghapuskan nyamuk Aedes dengan lebih berkesan," ujar Chew.

Chew berkata demam Denggi merupakan kes yang serius kerana boleh mengakibatkan kematian. -- FMT

Wa Allahu'alam..


UNTUK DIJUAL iPhone5 (Original from Apple Store) 16GB Warranty ada 5 bulan lagi. Berminat? Call/SMS/Whatsapp:Arshad, 016-7002170

Ditulis oleh: Admin Pada 27 December 2013
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads