Khamis, 14 November 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Cili Api Bloggers: Awas!! Syiah Mula Merasuk <b>Di Negeri Sembilan</b>

Posted: 31 Oct 2013 10:15 PM PDT

Penyebaran dakyah dan propaganda syiah didapato semakin berleluasa di Negeri Sembilan.
Risalah yang disebarkan didapati berselindung di sebalik isu-isu seperti perpaduan dan pembebasan Al-Quds bertujuan untuk mendapatkan perhatian masyarakat dan menyetuh setimen agama.

Kronologi penyebaran risalah ini di serata Negeri Sembilan menunjukkan keagresifan entity ini untuk mendapatkan pengiktirafan di Malaysia dan sekali gus memperkecilkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh institusi fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri.
KRONOLOGI PENYEBARAN RISALAH SYIAH

Edaran risalah syiah ini didapati dilakukan secara teratur dan berani seperti berikut:
1. Penyebaran risalah Syiah setebal 47 mukasurat dikenalpasti telah berlaku di beberapa buah Masjid sekitar Seremban iaitu Masjid Seremban Jaya, Masjid Taqwa, Masjid Taman Rasa Sayang dan Masjid Taman Panchor Jaya.
2. Malah aduan dari masyarakat setempat juga menyatakan bahawa entity ini bergerak bebas menyebarkan risalah-risalah di sekitar daerah Seremban, Tampin dan Rembau.
3. Pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Perbandaran Seremban baru-baru ini, risalah dalam bentuk "flyer" telah diedarkan kepada semua kontigen yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur ar-rasul.
4. Menyedari kandungan risalah itu memperjuangkan golongan Syiah, justeru sebahagian risalah telah diambil dan diserahkan kepada pegawai Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS untuk tindakan
Risalah kecil tersebut diedarkan oleh syarikat air minuman kesihatan yang terkenal iaitu GESUNDHEIT LABORATIOREIS & PHARMACEUTICAL SDN BHD yang beralamat di WISMA GESUNDHEIT, NO. 10 & 12 DESA MELAWATI KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN 53100 MALAYSIA dan terkenal dengan minuman ECPI sebagai produk utama syarikat ini.
sumber: Jabatan Mufti Kerajaan N.Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads