Ahad, 10 November 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Aidiladha <b>di Negeri Sembilan</b> Disambut Penuh Kesyukuran <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2013 06:39 PM PDT

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

SEREMBAN 15 Okt. – Sambutan Hari Raya Aidiladha disambut penuh kesyukuran oleh seluruh umat Islam di negeri ini.

Di Kuala Pilah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 1,000 umat Islam di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti dekat sini.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani, selain beberapa kerabat di raja yang lain.

Sejurus selesai mengerjakan solat dan khutbah di masjid itu, baginda berdua kemudiannya berangkat ke majlis tahlil yang diadakan di Makam Diraja Seri Menanti sebelum menghadiri majlis korban yang diadakan di pekarangan masjid tersebut.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek serta beberapa pemimpin kerajaan dan masyarakat.

Sementara itu di Rantau, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menyertai lebih 1,000 penduduk setempat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Rantau dekat sini.

Sempena Aidiladha kali ini, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau telah menyumbangkan enam ekor lembu yang mana tiga daripadanya diserahkan kepada masjid berkenaan sementara selebihnya diberi kepada Surau Tanjong, Kampung Kanchong.

Ditanya pemberita tentang sambutan Aidiladha kali ini, Mohamad mengajak umat Islam di negeri untuk terus meningkatkan perpaduan, selain mengambil iktibar di sebalik kisah peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

"Malah, jadikanlah ibadah korban ini sebagai medan dan jambatan untuk terus mempereratkan silaturahim serta menyuburkan lagi amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat dan saya percaya perkara seperti inilah juga yang disyariatkan oleh agama Islam.

"Kesepakatan dan perpaduan antara ummah adalah kunci kekuatan umat Islam, jadi marilah kita sama-sama menginsafi diri, sejauh mana dapat mengamalkan amalan dituntut oleh Islam. Berkorbanlah dengan penuh ketakwaan dan keredaan kerana Allah," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads