Selasa, 19 November 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Lokasi Snorkeling <b>Di</b> Tanjung Biru, <b>Port Dickson</b> ~ Glamorous MrJocko

Posted: 13 Nov 2013 09:30 PM PST

Ramai yang belum tahu bahawa di Port Dickson juga mempunyai lokasi untuk snorkeling yang menarik dan mudah di sekitar persisiran Tanjung Tuan, kawasan Lighthouse lama yang dikenali sebagai Tanjung Biru. Lokasi snorkeling ini terletak berdekatan juga dengan Kem Tentera Tanjung Tuan.

Kawasan snorkeling di Tanjung Biru Port Dickson ini agak besar dan mempunyai spesis batu karang yang agak berbeza dari batu karang di tempat lain. Di sini ada banyak rumpai laut hijau spesis yang tak pernah MrJocko lihat, pemandangan batu karang di kawasan ini banyak berwarna hijau dan jarang sekali dijumpa batu karang yang jenis memanjang dan berbentuk ranting.

 

Pengalaman selama 30 minit berenang dan snorkeling sekitar kawasan Tanjung Biru ini memang best. Ada beberapa ketika boleh pilih untuk berdiri di atas batu karang yang agak besar apabila penat berenang. Sambil itu boleh memberi anak-anak ikan kat sini makan dengan menggunakan tangan. Umpannya ialah roti sahaja.

Pakej snorkeling dan berenang sekitar ini memang best. Anda boleh menggunakan khidmat LLOY Marine Sdn Bhd yang sememangnya sudah berpengalaman dalam perkhidmatan sewa boat dan sukan air di sekitar pantai Port Dickson.

Pakej snorkeling ini, sangat sesuai untuk percutian keluarga dan rakan-rakan anda. Harga untuk sewa bot ini agak murah dan berpatutan. Lokasi Tanjung Biru pula dekat dengan Pantai Teluk Kemang dan cuma mengambil masa selama 10 minit sahaja. Jom cuti cuti Malaysia.

Artikel ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads