ads

Ahad, 24 November 2013

05 di paroi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Popia Basah Kuala Kangsar <b>Di</b> Stadium <b>Paroi</b> ~ Glamorous MrJocko

Posted: 20 Nov 2013 04:30 PM PST

Salah satu makanan yang popular sekitar Bandar Seremban ialah Popia Basah Kuala Kangsar. Anda tak perlu ke Kuala Kangsar, tetapi boleh ke Stadium Paroi Seremban dan dapatkan menu Popia Basah yang terkenal, citarasa Popia Basah Kuala Kangsar yang dibawakan khusus oleh pemilik gerai ini untuk masyarakat Negeri Sembilan.
Harga Popia Basah dan Popia Goreng hanya RM1.20 sahaja dan untuk Cucur Udang satu hidangan berharga RM2.50. Lokasi gerai Popia Kuala Kangsar ini terletak di bangunan Stadium Paroi, Seremban. Senang jer nak cari lokasi tempat ni. Parkir pun luas. 


MrJocko memang sempat mencuba menu Popia Basah Kuala Kangsar ini. Sedap sangat. Kulit popia yang lembut tetapi susah nak koyak. Kenyal tetapi lembut. Di tambah dengan isi dalaman dan sos kuah yang sangat sedap. Memang satu tak cukup. Dua pun tak cukup. Nak sedap,,, kena cuba sampai kenyang...


Menurut tuan punya kedai, beliau berasal dari Melaka, tetapi beliau berminat belajar membuat Popia Basah semasa beliau mencari resepi terbaik untuk beliau mengusahakan perniagaan makanan. Hasil tunjuk ajar semasa beliau bekerja membuat popia basah ini, akhirnnya beliau berjaya mencipta resepi Popia Basah Kuala Kangsar dan ia memang mendapat sambutan yang menggalakkan di sekitar Seremban.
Pengunjung memang tidak pernah putus berkunjung ke gerai Popia Basah Kuala Kangsar ini semata-mata ingin mencuba keenakkan rasa Popia Basah Kuala Kangsar yang berada di Seremban ini. Unik bukan? Itu lah makanan Malaysia, boleh di cari di mana-mana sahaja dengan citarasa asli walaupun sudah berada jauh dari tempat asal.

Entry ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved