Sabtu, 12 Oktober 2013

05 di tampin - Google Blog Search

di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Kanak-kanak Lemas <b>Di</b> Kem Syed Sirajuddin, <b>Tampin</b> - MyNewsHub

Posted: 01 Oct 2013 02:03 AM PDT


SEREMBAN – Dua kanak-kanak perempuan ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah kolam di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Rachellyna Evenis Elvis, 11, dan Clarise Haizer Endyfim, 11, dikatakan bermain di tepi kolam itu bersama seorang lagi rakan sebaya mereka selepas pulang dari kelas tambahan di sekolah mereka.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata ketika sedang bermain tiba-tiba kedua-dua mangsa tergelincir ke dalam kolam berkenaan dan terus tenggelam.

Beliau berkata seorang lagi rakan mangsa yang melihat kejadian itu pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mereka.

"Anggota bomba menemui mayat kedua-dua kanak-kanak perempuan berbangsa Iban itu kira-kira pukul 6.30 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, ibu Rachellyna Evenis, Jomblin Umbang, 39, berkata ketika kejadian dia berada di rumah dan suaminya yang juga seorang askar sedang bertugas di kem berkenaan.

Katanya, selepas diberitahu mengenai kejadian itu beliau terus ke kolam berkenaan, tetapi mendapati anak keduanya itu telah meninggal dunia.

"Saya akan membawa pulang mediang anak saya ke kampung halaman di Sibu, Sarawak untuk dikebumikan," katanya yang ditemui di Hospital Tampin. – BERNAMA

Kanak-kanak Lemas Di Kem Syed Sirajuddin, Tampinhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Dua-Kanak-kanak-Lemas-Di-Kem-Syed-Sirajuddin-Tampin.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Dua-Kanak-kanak-Lemas-Di-Kem-Syed-Sirajuddin-Tampin-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

SEREMBAN - Dua kanak-kanak perempuan ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah kolam di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Rachellyna Evenis Elvis, 11, dan Clarise Haizer Endyfim, 11, dikatakan bermain di tepi kolam itu bersama seorang lagi rakan sebaya...

SEREMBAN - Dua kanak-kanak perempuan ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah kolam di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Rachellyna Evenis Elvis, 11, dan Clarise Haizer Endyfim, 11, dikatakan bermain di tepi kolam itu bersama seorang lagi rakan sebaya mereka selepas pulang dari kelas tambahan di sekolah mereka. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata ketika sedang bermain tiba-tiba kedua-dua mangsa tergelincir ke dalam kolam berkenaan dan terus tenggelam. Beliau berkata seorang lagi rakan mangsa yang melihat kejadian itu pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mereka. "Anggota bomba menemui mayat kedua-dua kanak-kanak perempuan berbangsa Iban itu kira-kira pukul 6.30 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, ibu Rachellyna Evenis, Jomblin Umbang, 39, berkata ketika kejadian dia berada di rumah dan suaminya yang juga seorang askar sedang bertugas di kem berkenaan. Katanya, selepas diberitahu mengenai kejadian itu beliau terus ke kolam berkenaan, tetapi mendapati anak keduanya itu telah meninggal dunia. "Saya akan membawa pulang mediang anak saya ke kampung halaman di Sibu, Sarawak untuk dikebumikan," katanya yang ditemui di Hospital Tampin. - BERNAMA