Rabu, 2 Oktober 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


<b>Jelebu</b> tutup tirai program SMP-Utusan 2013 - Utusan Online

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

SERAMAI 178 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 Daerah Jelebu, Negeri Sembilan mengikuti program penutup siri jelajah Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teriang Hilir Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia - melengkapkan tujuh program sepanjang tahun ini.

Menurut Pembantu Penyelidik dan Projek SMP, Mohd Fareez Farhan Mohd Nor Azanni, program di SMK Teriang Hilir merupakan yang pertama diadakan di Daerah Jelebu.

Di Negeri Sembilan, sebelum ini program adalah di Rembau dan Port Dickson, diadakan pada tahun lepas.

Sekolah yang terpilih di Jelebu ialah SMK Pertang, SMK Dato' Undang Musa AL-Haj, Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato Haji Mustafa, SMK Datuk Undang syed Ali Al-Jufri, SMK Undang Jelebu, SMK Teriang Hilir, SMA Dato Hj Tan Ahmad.

Program ini telah dijalankan sejak 2012 dengan memberi tumpuan kepada persiapan akademik dan keyakinan calon SPM, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di luar bandar.

Sementara itu, Eksekutif Pendidikan Utusan Malaysia, Fauzi Hamdan berkata pihaknya sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak SMP kepada unitnya sebagai perunding untuk menyediakan pengisian sepanjang dua tahun itu.

Kini telah terbukti keberkesanan program berkenaan apabila beberapa buah sekolah telah mencatatkan keputusan keseluruhan dan individu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

''Pendekatan modul program yang menekankan gabungan akademik dan motivasi menyuntik keyakinan baru selain tambahan kepada apa yang diajar oleh guru masing-masing ketika di sekolah," katanya.

Tambah beliau, pihak Utusan Malaysia juga menghargai kerjasama padu yang diberikan oleh PPD di setiap negeri, yang bukan sahaja membenarkan program berlangsung dengan jayanya, malahan menyediakan segala prasarana seperti dewan ceramah dan pengangkutan peserta.

''Kita juga berharap bermula tahun depan, pihak penaja dan penganjur iaitu SMP mengatur program dengan lebih kerap, lebih awal dan lebih meluas ekoran permintaan daripada pelbagai pihak,'' kata Fauzi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads