Khamis, 5 September 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Pejuang Pekerja Pahang: Karnival Sukan NUBE 2013 <b>di Port Dickson</b>

Posted: 31 Aug 2013 09:41 AM PDT


Karnival Sukan NUBE 2013 berlangsung dengan meriah
31/8/2013,Port Dickson

Lebih daripada 400 ahli NUBE mengambil bahagian dalam Karnival Sukan NUBE 2013, yang telah diadakan di Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson, pagi ini.

Acara ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan kontinjen dari lima cawangan NUBE berarak ke padang. Perarakan ini diikuti dengan Presiden NUBE Tan Eng Hong memberikan kata-kata aluan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Abd Wahan Bin Harun telah merasmikan Karnival Sukan NUBE 2013 dengan ucapan penuh motivasi.

Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata karnival sukan tahun ini menyaksikan bilangan peserta yang paling tinggi.

Semua lima cawangan NUBE yang terdiri daripada Kuala Lumpur, Selangor & Pahang (KLSP), Pulau Pinang, Kedah & Perlis (PKP), Kelantan & Terengganu (KT), Perak (Ipoh) dan Negeri Sembilan, Melaka & Johor (SMJ) akan mengambil bahagian dalam acara yang bakal membina semangat perpaduan.

Objektif utama karnival sukan ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan dalam perjuangan serta mengerat hubungan kita dan meningkatkan potensi diri.

More than 400 NUBE members participated in NUBE Sports Carnival 2013, which was held at Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson, this morning.

The event kicked off at 8.00 am with the contingent from five NUBE branches paraded into the field. NUBE President Tan Eng Hong welcomed the participants.

Port Dickson OCPD, Supt Abd Wahan Bin Harun officiated the NUBE Sports Carnival 2013 with a roaring speech, motivating the participants.

NUBE General Secretary J Solomon said that this year, the sports carnival saw the highest number of participants.

All five NUBE branches consisting of Kuala Lumpur, Selangor & Pahang (KLSP), Pulau Pinang, Kedah & Perlis (PKP), Kelantan & Terengganu (KT), Perak (Ipoh) and Negeri Sembilan, Melaka & Johor (SMJ) will participate in the spirit of solidarity and one family in this event.

The primary objective of these sport is to cultivate the spirit of solidarity, unity and brotherhood in our struggles, strengthens our relationship, to congregate and enhance our potentials.

Foto Kontroversi Fasha Dan Anzalna <b>di Port Dickson</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 03:21 AM PDT

Gambar yang dimuat naik oleh Fasha Sandha ke dalam akaun Instagram miliknya telah menjadi bualan ramai. Gambar yang memaparkan Fasha bersama Anzalna Nasir ini telah mengundang kata-kata kurang sopan daripada peminat yang meninggalkan komen pada gambar tersebut, terutamanya peminat lelaki.

BACA: FOTO KONTROVERSI FASHA DAN ANZALNA

GUA menghubungi Anzalna untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

"Sebenarnya, ketika gambar itu diambil, kami sedang menjalankan penggambaran drama bersiri 'Tentang Hati' di Port Dickson. Sewaktu gambar ini diambil, angin bertiup kencang. Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut," ujar pelakon berusia 25 tahun ini.

anzalna-fasha-hangatmy"Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuat naik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha," cerita heroin drama bersiri 'Bangkitnya Seorang Perempuan' ini.

"Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi," jelas Anzalna.

Dalam perkembangan lain, kini Anzalna sedang menghabiskan penggambaran drama bersiri 'Tentang Hati' yang masih berbaki beberapa babak. Selepas ini, Anzalna bakal berehat sempena bulan Ramadan dan hanya akan muncul dalam acara-acara amal sempena majlis berbuka puasa. (Gua.com.my)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads