Isnin, 2 September 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Rais Umum Tidak Bertanding Jawatan MT Umno | Politik

Posted: 18 Aug 2013 02:01 AM PDT

 

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengumumkan tidak akan bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada pemilihan parti kali ini.

 

Menurut Rais, tanggungjawab yang diberkan kepadanya di peringkat penasihat taraf menteri lebih sesuai setelah 40 tahun berkecimpung dalam bidang politik.

 

"Bak kata perpatah, saya menyeberang sudah sampai ke seberang dan lingkungan usia saya ambil kira...oleh kerana saya sekarang diberi tugas di peringkat penasihat taraf menteri saya dapati itu lebih sesuai bagi saya setelah 40 tahun berkecimpung dalam arena politik.

 

"Sebagai penasihat, saya kira itu lebih afdal dan saya terimalah penghargaan daripada Perdana Menteri itu sebaik mungkin," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anggota Dewan Undangan Negeri Pertang Datuk Jalaludin Alias di padang awam Simpang Pertang di sini, malam tadi.

 

Sementara itu, Rais meletakkan empat syarat kepada pemimpin yang akan mengganti beliau di bahagian Jelebu perlu jujur memimpin, tidak menggunakan sogokan, tahu Fasal 3 perlembagaan dan menunjukkan jasa dan sumbangan.

 

Last Updated on Sunday, 18 August 2013 22:33

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads