05 di rembau - Google Blog Search |
TAKLIMAT SARANA <b>DI</b> SMAR( SM AGAMA <b>REMBAU</b>)-KOMITMEN <b>...</b> Posted: 30 Jul 2013 01:01 AM PDT JEMPUTAN yang saya terima khususnya daripada Pengerusi Sarana SMAR , Puan Rozita memperlihatkan komitmen dan kesungguhan beliau untuk menjayakan Sarana di sekolah di mana beliau menjadi Pengerusi Sarana ini sebagai sebuah sekolah yang hebat.
Menurut beliau , beliau mengambil inisiatif sendiri untuk hadir ke SMKTTJ untuk mendapatkan gambaran sebenar dan bagaimana kaedah perlaksanaan Sarana disebabkan , di sekolah beliau , program ini belum bermula lagi. Lanjutan daripada lawatan beliau bersaorang diri itu, beliau terus mengumpulkan beberapa orang guru dan AJK Sarana serta PIBG untuk dapat melawat ke SMKTTJ pada 23 Julai 2013 yang lalu , agar mereka dapat merasakan apa yang beliau telah lihat dan alami berlaitan Sarana di SMKTTJ utnuk dikongsikan bersama.
Ternyata benar! Bilangan ibubapa yang hadir adalah yang paling ramai setakat ini dan mereka telah mendengar dengan tekun dan penuh minat.
Respon daripada kefahaman ini , begitu cepat diserap oleh ibubapa sepertimana ditunjukkan oleh seorang penjaga (haji) yang terus bertindak mengemaskan surau, melipat tikar dan membersihakan surau sebaik tamat taklimat saya. Beliau bangga menjadi orang pertama yang menjayakan Sarana di sekolah berkenaan. Saya ucapkan tahniah kerana , pertama kini beliau sudah benar-benar faham dan yang keduanya, beliau sudah dapat menunjuk contoh perlaksanaanya dengan cepat dan tepat. Melihat daripada respon setiap penjaga pada hari itu, saya yakin , sekolah ini akan menjadi sekolah yang hebat dan berjaya di dalam melaksanankan Sarana.. InsyaAllah... Buat Puan Rozita, terima kasih dan tahniah...Puan sudah berjaya membawa perubahan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa di sekolah puan...Tahniah...! |
You are subscribed to email updates from di rembau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan