Khamis, 8 Ogos 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Batu vs Kayu: Semua sekolah <b>di Port Dickson</b> ditutup esok

Posted: 23 Jun 2013 10:00 AM PDT

SEREMBAN - Semua sekolah termasuk sekolah agama, tabika dan tadika di daerah Port Dickson dekat sini ditutup mulai esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai paras bahaya iaitu 304.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad dalam kenyataan ringkasnya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada media, berkata arahan itu dikeluarkan kepada 61 buah sekolah, membabitkan 24,052 pelajar.
Katanya bacaan IPU paras bahaya itu dicatat pada 9 malam tadi.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Kalsom Khalid ketika dihubungi, berkata semua sekolah di Port Dickson telah dimaklum berhubung perkara berkenaan selepas menerima laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.
"Kira-kira pukul 8.30 malam JAS memaklum bacaan IPU direkodkan pada 296 dan pukul 9 malam naik sehingga 304 dan kita telah memaklumkan kepada semua sekolah di daerah itu ditutup selaras dengan arahan kementerian," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads