Ahad, 11 Ogos 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


nurulfarhana: 12 hari <b>di</b> SMK <b>Mantin</b>

Posted: 11 Jul 2013 12:50 AM PDT

Pengalaman mengajar 12 hari kat SMK Mantin memang banyak. Even hanya 12 hari je. Masa habis je belajar bulan Jun hari tu, aku pon pergi lah gatal tangan apply guru ganti kat PPD Seremban sebab ingatkan kalau dapat pon, dapat sekitar Seremban je. Tapi tak jangka la bila PPD respon dan hantar ke Mantin sebab kena ganti cikgu yang bersalin kat situ. Cikgu yang nak digantikan tu pulak dah bersalin dari bulan 4 lagi dan bulan 7 dia masuk mengajar balik. So, aku sempat mengajar 12 hari je la. Tapi itu pon dah sangat2 cukuplah bagi aku. 
Masa diminta aku mengajar pelajar Tingkatan 6, rasa lega gila2. Sebab pikir diorang ni semua dah besar. Tapi rupa-rupanya ada jugak kena kelas lain. Kiranya aku ambil alih semua jadual cikgu yang aku gantikan tu, termasuklah ajar budak form 1 yang kedudukan kelas diorang ni paling hujung sekali. Dan itulah yang paling2 mencabar aku rasa bila dok mengajar kat situ. Mencabar dari segi attitudenya, pembelajarannya, semuanya lah lengkap. Kelas ni lebih kurang sama rata bagi Melayu, Cina dengan India. So, agak sukar bila ada segelintir yang terkapai2 untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
Dalam 12 hari mengajar tu jugaklah penuh dengan aktiviti2 sekolah. Ada merentas desa lah, Hari Koperasi lah, Saringan Sukan lah, Perkhemahan Pelajar lah, Hari 3 Penjuru lah, Sukan Tahunan Sekolah, lawatan dari PPD. Cari student untuk ingatkan diorang supaya datang ujian saringan sukanlah. Memang sekolah jadi busy gila pulak rasanya waktu tu. Ada sampai balik pukul 5 sebab mesyuarat, ada balik pukul 6 sebab jadi AJK saringan sukan, balik lewat sbb jadi AJK hari Perkhemahan.  Baru terasa banyaknya beban cikgu selain dari mengajar, tu belum lagi tugas2 masuk markah dalam SAPS, uruskan PBS semua.
                           
                                                 Mengurus peserta 4x100 sukan tahunan sekolah

Apa yang unikya kat sekolah ni, sukan dia ada banyak2 warna. Aku tak pernah lagi jumpa ada sekolah yang rumah sukan dia ada warna Pink, Coklat, Oren semua tu. Yang selalu dengar warna merah, biru, kuning dengan hijau je. So bila adik aku tanya, ko rumah sukan ape?, aku jawab lah, pink. Dia kata aku memaen. Tapi memang betul pink.









Hai2, kami jejaka merah jambu!
Banyak kan rumahnya. Cuma rumahtangga xde lagi. Sekarang ni dah habis 12 hari, duduk je la rumah. Bosan, ada masa lapang, baru rajen nak berblog. Haiiihhh.

                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads