ads

Sabtu, 10 Ogos 2013

05 di jempol - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Keputusan PRU13 Parlimen <b>Jempol</b> 2013? - Berita Terkini

Posted: 23 Apr 2013 11:39 PM PDT

keputusan pru13 jempol

Keputusan PRU13 Jempol : Kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan Nasional (BN) (DI SINI) selain dari gugurnya nama Rais Yatim di Parlimen Jelebu adalah, nama Tan Sri Isa Samad dicalonkan BN untuk bertanding di Parlimen Kempol bagi menentang Wan Aishah yang akan mewakili parti PAS. Jikalau ikutkan….

Sebenarnya, penyandang kerusi Parlimen Jempol menjelang Pilihanraya Umum 2008 (PRU12) adalah Tan Sri Isa Samad sendiri. Jadi, kawasan Parlimen Jempol bukanlah asing baginya.

Keputusan PRU12 2008 VS Pertandingan PRU13 2013 (P127 Jempol)

keputusan pru13 jempol

  • Selain pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad juga pernah dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dari tahun 2004 sehingga tahun 2005 setelah memenangi kerusi Parlimen Jempol pada pilihanraya umum tahun 2004.
  • Pernah sekejap jadi Menteri Wilayah Persekutuan dan selepas itu didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana mengamalkan politik wang semasa bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agong UMNO 2004.

Dan sejak daripada itulah Isa Samad, mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah dilantik semula mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada tahun 2009 dan menang menewaskan calon Parti Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti yang besar.

Rekod lampau Isa samad dalam politik wang tidak sedikit menjejaskan peluang dan menjadi halangan untuk Isa samad menjadi Pengerusi FELDA (SEPERTI DI SINI)

Keputusan PRU13 Parlimen Jempol : Peluang Calon Isa Samad VS Wan Aishah?

Sebenarnya parlimen Jempol bukanlah suatu yang agak tidak asing dengan nama Tan Sri Isa Samad, namun terdapat pergolakan dalam berhubung pemilihan Tan Sri Isa Samad untuk bertanding di kawasan Parlimen Jempol. Ini kerana, ramai ahli UMNO kawasan Jempol merasakan bahawa Tan Sri Isa Samad tidak dilihat sebagai calon yang boleh menang. Itu cerita disebelah kem Barisan Nasional.

Bagi Wan Aishah Wan Ariffin pula, sebagai bekas artis popular yang juga penyanyi terkenal suatu masa dulu dengan lagu hit "Janji Manismu", tidak sukar untuk menambat hati para pengundi di jempol, lebih-lebih lagi pengundi wanita di sana yang rata-rata menghormatinya selain merupakan pemegang Ijazah Sains Politik di Universiti Auckland. Walaubagaimanapun….

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa datuk saudara Wan Aishah, iaitu Aziz Ishak adalah bekas pemimpin tinggi Parti Konvensyen Negara, iaitu salah satu organisasi Front Sosialis iaitu hasil gabungan Parti Buruh dan Partai Rakyat pimpinan tokoh politik negara Pak Sako dan Ahmed Boestamam.

Namun pemilihan Wan Aishah di Parlimen Jempol juga tidak digemari oleh ahli PAS bahagian Jempol sebenarnya kerana merasakan pemilihan Wan Aishah ini hanyalah sebagai calon "bidan terjun" dan "tidak mempunyai pengalaman dalam sepak terajang politikdi Malaysia" berbanding calon PAS tempatan yang sedia ada. Kebanyakan ahli Pas yang mahukan Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu.

isa samad vs wan aishah

  • Berdasarkan rekod, kawasan Parlimen Jempol merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama. Justeru Wan Aishah dikatakan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen itu berikutan ramai penduduk Felda di kawasan Jempol merupakan penyokong kuat Barisan Nasional
  • Namun isu rasuah yang dipalitkan terhadap Tan Sri Isa Samad juga sedikit sebanyak menyebabkan imejnya tercalar pada pandangan rakyat.

Walauapapun, perseteruan ini akan dimuktamadkan dan kuasanya ada pada tangan pengundi menjelang keputusan PRU13 parlimen jempol pada 5 Mei 2013 kelak. Bagi pengundi Parlimen Jempol amnya dan rakyat Malaysia umumnya, mana satu pilihan hati? Janji Manismu atau Janji Ditepati? Mengapa?

[poll id="369"]

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved