Selasa, 6 Ogos 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Tuala Wanita Ditemui Dalam Bungkusan Minyak Masak <b>di Jelebu</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 12:21 AM PDT

Tuala Wanita Ditemui Dalam Bungkusan Minyak Masak di Jelebu

JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

"Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

"Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan," katanya.

Pegawai Daerah Rembau dan <b>Jelebu</b> angkat sumpah <b>di</b> hadapan <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 01:19 AM PDT

_DSC8593

Seremban, 24 Julai – Dua orang Pegawai Daerah baharu dilantik angkat sumpai jawatan di hadapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di pejabat Menteri Besar hari ini.

Kedua-dua pegawai daerah baharu dilantik tersebut, masing-masing mempunyai pengalaman yang luas dan berpotensi membantu memajukan kawasan masing-masing menjadi lebih baik dan mempunyai matlamat dan misi selaras dengan agenda kerajaan negeri iaitu mahu mensejahterakan rakyat negeri ini dengan terbaik mungkin.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan Pegawai Daerah Rembau ialah Encik Zaidi Johari yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah (Gred M54) di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.

Berasal dari Melaka, mempunyai seorang isteri dan empat (4) orang anak dan memiliki Sarjana Muda (BA), Universiti Malaya. Telah berkhimat selama 17 tahun.

Manakala, bekas Ketua Penolong Setiausaha Unit Dewan Undangan Negeri, Tuan Hj Mohamed Roduan Ujang, 55 tahun mengangkat sumpah sebagai Pegawai Daerah Jelebu bermula pada  15 Julai lalu.

Pengalaman beliau selama 32 tahun di dalam pelbagai jabatan dan agensi dijangka mampu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Hj Mat Ali Hj Hasan, di sini, hari ini.

Pengagihan <b>di</b> Masjid Kuala Kelawang, <b>Jelebu</b>, Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2013 11:53 PM PDT

Alhamdulillah, pengagihan bantuan Ramadhan "Kembara Zakat Maybank" berjalan dengan lancar di Masjid Kuala Kelawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada 6 Julai 2013. Jutaan terima kasih kepada pihak Maybank Islamic Berhad kerana memberi kepercayaan kepada IRM untuk melaksanakan program ini bagi pihak mereka. Jutaan terima kasih juga kepada pihak masjid dan para sukarelawan yang banyak membantu melancarkan program ini. Seramai 220 penerima menerima bantuan Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads