Jumaat, 12 Julai 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


<b>REMBAU</b> HARI INI: Bergelut dengan penyamun <b>di</b> Kg Senama <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2013 09:39 PM PDT



REMBAU – "Ketika kejadian, kami enam sekeluarga sedang nyenyak tidur sebelum salah seorang daripada tiga penyamun yang memasuki rumah kami tercuit suami (Ibrahim Zakarian, 50) saya dan berlaku pergelutan," luah Zaidah Othman, 49, ketika ditemui di Pekan Rembau, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi kelmarin, Ibrahim yang juga Imam Surau Kampung Senama Tengah bengkak di bahagian kepala susulan bergelut dengan tiga penyamun selepas kediaman mereka di Kampung Senama Tengah dimasuki penyamun berkenaan.
Zaidah berkata, suaminya yang terkejut memukul penyamun berkenaan menggunakan kayu yang diletakkan di sebelah tempat tidur mereka, namun dengan pantas dua penyamun lagi membalas pukulan dan berlaku pergelutan sehingga kepala suaminya diketuk dengan kayu.
"Bila lihat penyamun bersenjata dan bertopengkan apron di dalam bilik saya, saya cepat-cepat berlindung di dalam selimut susulan ingin melindungi aurat saya serta bimbang dengan tindakan penyamun berkenaan.
"Bagaimanapun, saya merayu kepada penyamun berkenaan untuk melepaskan kami sekeluarga memandangkan kami tidak memiliki barangan berharga dan wang tunai yang banyak," katanya.
Menurutnya, selepas itu, penyamun berkenaan mengambil empat telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM400, seutas rantai leher dan dua jam tangan di mana keseluruhannya berjumlah RM4,000.
Katanya, penyamun bersenjatakan parang dan cota masuk ke dalam rumah mereka melalui tingkap di bahagian dapur rumah dan menjadikan apron sebagai topeng sebelum memasuki biliknya.
"Kami diikat dan dicampakkan di dalam sebuah bilik. Namun sebaik menyedari penyamun berkenaan sudah meninggalkan rumah, saya bergegas menghubungi pihak polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads