Ahad, 21 Julai 2013

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Siri I – Majlis Berbuka Puasa MBNS bersama UMNO Seremban <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 10:25 AM PDT

RPM_5147

Seremban, 18 Julai – Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di kediaman beliau melibatkan UMNO dan ahli jawatankuasa UMNO bahagian Seremban, Rasah, Kuala Pilah dan Jempol.

Di dalam suasana yang harmoni tersebut, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan melafazkan syukur kerana gandingan UMNO di negeri ini amat baik dan semua memahami tanggungjawab dan keprihatinan masing-masing di dalam mempertingkatkan martabat dan perjuangan bangsa.

Nasihat beliau kepada semua ahli UMNO yang bakal mengadakan persidangan cawangan dan berhajat untuk bertanding jawatan tertentu agar menjaga adab agar tidak berlebihan di samping permuafakatan sesama ahli dan elakkan perpecahan.

Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian yang  hadir kemudiannya solat maghrib dan isya berjemaah di surau kediaman.

Sementera solat sunat tarawikh di majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Negeri Sembilan ialah lapan (8) rakaat dan withir, tiga (3) rakaat.

Hadir sama, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Dato' Mat Ali Hj Hasan, Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Abdul Razak Mansor, Ketua UMNO Bahagian Rasah, Dato' Hasim Rusdi, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah, Dato' Abdul Samad Ibrahim dan wakil UMNO Bahagian Seremban dan Jempol.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads