ads

Ahad, 30 Jun 2013

05 di seremban - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Dua kedai musnah dalam kebakaran <b>di Seremban</b> ABN News | BM

Posted: 26 Jun 2013 12:23 AM PDT

SEREMBAN – Sebuah kedai perabot dan sebuah kedai alat ganti kenderaan di Jalan Tuanku Antah di sini musnah dalam kebakaran, awal hari ini.

Kebakaran pada pukul 12.45 pagi itu menyebabkan kesemua barangan perabot antaranya almari, sofa dan meja makan musnah.

Turut musnah barangan di dalam kedai alat ganti kenderaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Ramali Arbai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.49 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Beliau berkata, lima jentera dengan 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran.

"Sebaik tiba di lokasi, kebakaran sudah hampir 95 peratus. Keseluruhan operasi dihentikan pada pukul 6.13 pagi," katanya di sini.

Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih disiasat. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved