Selasa, 18 Jun 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


PANAS! Mengapa Isa Samad Diletak Lawan Aishah <b>Di Jempol</b>?

Posted: 16 Apr 2013 06:32 AM PDT


Satu-satunya kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan Nasional (BN) selain dari gugurnya Rais Yatim di parlimen Jelebu adalah, nama pengerusi Felda pun turut tersenarai.

Nama Isa Samad langsung tidak tercapai dek akal kita yang waras kerana BEKAS penyandang kerusi DUN Bagan Pinang ini bukannya asing lagi dalam politik negara.

Selain pernah menjadi menteri besar, Isa juga pernah dilantik menjadi menteri wilayah persekutuan setelah ditendang dari kerusi DUN pada 1995 semasa zaman BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad berkuasa dahulu.

Tetapi nama Isa mula tercalar apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mengamalkan politik wang (baca: rasuah) dalam perebutan jawatan Naib Presiden parti reput itu.

Sejak itu namanya mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah dilantik mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Tetapi yang menjadi persoalan utama, tidak adakah pemimpin Umno tempatan yang 'bersih' dan cukup dihormati pengundi tempatan mewakili Umno menentang calon Pakatan Rakyat, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin?

Alsaan Isa kononnya peneroka Felda yang berada di kawasan parlimen itu akan mengundinya bagi menjamin kemenangan BN rupanya penuh dengan tipu muslihat.

Walaupun Jempol agak tidak asing dengan nama Isa, mengapa setelah nama BEKAS penyandang, Lilah Yassin diturunkan di DUN, timbalannya Mohd Salim Mohd Shariff tidak diangkat menggantikannya?

Sudahlah Lilah 'diturun pangkat', nasib ahli jawatankuasa Umno bahagian juga semakin tidak pasti setelah nama Isa diletak sebagai calon mereka yang memang diketahui penuh dengan skandal rasuah dan krisis wabak Japanese Enciphilitis (JE) di Bukit Pelanduk dulu.

Krisis perebutan kuasa dalam Umno bahagian pasti akan lebih sengit dengan hadirnya Isa di bahagian itu kerana bukan setakat membawa nama tetapi juga saham Felda dan wang di tangannya.

Pada hemat saya, perlantikan Isa sebenarnya kebih kepada satu penghinaan terhadap pengundi Jempol daripada penghormatan kerana rekod kesalahannya sudah terbukti buruk selain ia juga ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya.

Ia mirip apa yang terjadi kepada kerusi parlimen Shah Alam apabila Zulkifli Noordin diangkat menjadi calon BN walaupun ramai lagi tokoh Umno setempat yang boleh diketengahkan untuk menentang bekas penyandang, Khalid Samad.

Umum sudah mengetahui kisah yang terjadi ke atas Najib Altantuya di Port Dickson apabila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) menyerbu sebuah bilik mewah di sebuah hotel terkenal di pantai peranginan itu ketika Isa menjadi menteri besar pada 1993.

Perlantikannya menjadi calon DUN Bagan Pinang dan menang menguatkan lagi khabar bahawa Najib Altantuya memang 'terhutang budi' kepada Isa dan namanya terus dinaikkan menjadi pengerusi Felda setelah Yusof Noor berundur.

Dan hari ini, 'hutang budi' Najib Altantuya dibalas satu persatu mengharapakan agar Isa tidak akan mengugutnya lagi selepas ini.

Pun begitu, perlantikannya juga dikatakan untuk menghalang populariti Aishah yang sudah mula mendapat tempat di hati pengundi selain pengundi wanita juga menghormatinya sebagai seorang ilmuwan semasa Aishah berjaya menggengam ijazah sains politik dari universiti di New Zealand dulu.

Isa ditugaskan di parlimen untuk menyekat kemaraan Aishah selain menyelamatkan kedudukan BEKAS menteri besar, Mohamad Hasan yang dicalonkan di DUN Rantau tanpa digugat lagi.

Persoalannya, bolehkah Isa ditahan dari terus 'naik' hingga kembali dilantik menjadi menteri semula?

Apakah pengundi Jempol mula 'tersilau' dengan nama Aishah atau dihina dengan hadirnya perasuah tegar seperti Isa di kawasan mereka?

JALAN PULANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads