Khamis, 2 Mei 2013

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Lawatan panik Najib ke Felda <b>Serting</b>, Raja Alias malam ini | Free <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2010 02:44 AM PDT

Najib Razak Oleh Zefry Dahalan

BANDAR BARU SERTING: Perdana Menteri Najib Tun Razak seolah-olah mempunyai sesuatu misi – beliau akan melawat para peneroka di Felda Serting dan Felda Raja Alias malam ini dan menghadiri majlis berbuka puasa di masjid bandar ini.

Menurut Ketua PKR Jempol Karip Mohd Salleh, lawatan beliau nampak panik untuk meredakan kemarahan di kalangan peneroka yang memfailkan saman terhadap pengurusan Felda pada 9 Ogos lalu.

"Saya mendapat tahu daripada para peneroka bahawa Najib akan menyerahkan sekeping cek contoh kepada wakil mereka sebagai bonus Hari Raya.  Sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai masa untuk mendengar rintihan para peneroka.  Secara tiba-tiba beliau menunjukkan sikap seolah-olah mengambil berat tentang nasib mereka.

"Tapi kami, para peneroka Felda, bukannya bodoh untuk terperangkap dengan lakonan seperti ini.  Kami tidak akan menarik balik saman tersebut," tambah Karip, yang mengetuai 766 peneroka memfailkan saman itu.

Beliau mewakili para peneroka dari Felda Serting Hilir Kompleks 1, 2, 4, 5, 6 dan 7 dari Air Hitam, Jempol dan juga dari Felda Raja Alias 1, 2, 3 dan 4 dari Serting, Jempol.

Karip berkata beliau menjangka Najib akan meluahkan kata-kata manis dalam ucapannya untuk memujuk para peneroka tetapi menambah, beliau tidak akan berjaya terutama dengan berita terbaru dari Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengarah Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka dari Felda Kemahang 3 di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads