Ahad, 21 April 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


UMNO Online - BN Bakal Menang 2/3 <b>Di Negeri Sembilan</b>

Posted: 17 Apr 2013 06:57 AM PDT

Kategori Suara Bloggers

BN Bakal Menang 2/3 Di Negeri Sembilan

Penulis tidak begitu tergesa-gesa nak menggambarkan perasaan mengenai calon-calon BN Negeri Sembilan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Mohammad Hasan di kediaman rasminya semalam.

Tujuannya kerana penulis ingin menunggu dahulu respon balas masyarakat dan penyokong parti terhadap calon yang dipersediakan kepimpinan tertinggi parti untuk berkhidmat kepada mereka kelak.

Pegang cakap tu, untuk berkhidmat, bukan semata-mata untuk berkuasa.

Baiklah, setelah melihat senarai pencalonan itu, apa yang boleh dikatakan, melainkan 2 kerusi, BN ada peluang untuk menang majoriti lebih besar berbanding tahun 2008.  Tentang calon pula, hampir kesemuanya adalah calon-calon yang menepati janji Perdana Menteri, boleh menang.

Itu ringkasnyalah.

Cuma dari senarai itu, agak sedih juga melihat sekurang-kurangnya 4 calon cina dari MCA dan Gerakan yang bertanding di beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kerana mereka hampir pasti kalah akibat isu perkauman yang dimainkan DAP.

Nasib baik jumlah kerusi terlibat tidak banyak, berbanding 7 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Berbalik pada 2 kerusi yang dikatakan bermasalah itu, kedua-duanya berada dalam Parlimen Seremban dan kedua-duanya juga adalah kerusi yang diwakili pembangkang.  Macam biasa, kebanyakkan masalah itu berkaitan dengan asal usul calon dan latar belakang sebelum menjadi calon.

Itu sahaja.  Lagipun mereka yang kecewa ini ada 24 jam untuk merajuk, lepas itu eloklah.

Dengan kerja keras dan kempen yang berkesan, penulis yakin diakhirnya nanti, calon-calon yang bermasalah ini boleh diterima masyarakat.

Tambahan pulak Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sedang hebat bergolak.  PKR masih tidak boleh putuskan siapa calon disemua kerusi yang diserahkan kepada mereka untuk ditandingi.  Walaupun khabarnya malam ini (17/4/2013) senarai tersebut boleh dimuktamadkan, tapi tidak ada jaminan senarai tersebut akan kekal sehingga hari penamaan calon nanti.

Atas sebab yang sama (pergolakan dalaman), sesiapa yang berkunjung ke Seremban hari ini boleh lihat betapa pudarnya kempen pembangkang, berbanding pada tahun 2008.  Penyokong yang kecewa terpaksa pasang bendera parti pada kenderaan masing-masing kerana hampir keseluruhan bandar Seremban sehingga ceruk pendalaman rantau, dihampar dengan bendera biru BN.

Insya Allah, kita menang besar.

mykmu.net

Berita Bertarikh Pada 17 April 2013 9:57 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads