Ahad, 14 April 2013

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


JARINGAN sulung Nor Fazly selamatkan ATM <b>di Paroi</b> | Pasukan <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 10:48 PM PST

JARINGAN minit terakhir Nor Fazly Alias menyelamatkan satu mata buat Angkatan Tentera Malaysia yang bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Negeri Sembilan 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Nor Fazly yang tampil dalam kesebelasan utama berikutan ketiadaan bek kiri, Fitri Omar yang masih belum pulih daripada masalah ligamen kanan koyak, menanduk gol pertamanya musim ini menerusi sepakan percuma Irwan Fadzli Idrus ketika tuan rumah , Negeri Sembilan mengancam untuk meraih kemenangan pertama mereka musim ini.

ATM yang diletakkan sebagai pelawat pada perlawanan yang dilangsungkan di gelanggang yang dikongsi bersama, seharusnya mencuri kesemua tiga mata namun pengadil, Samsudin Ibrahim membatalkan jaringan Marlon Alex James kerana 'handball'.

Memburu kemenangan yang akan melonjakkan mereka ke persada liga, ATM beraksi hambar selepas berehat hampir sebulan apabila gagal menjelmakan sebarang percubaan bermakna pada babak pertama.

Tidak hairan, Negeri Sembilan yang mahu mengikut jejak langkah Terengganu yang meraih kejayaan sulung ke atas Perak kelmarin, tampil dengan permainan lebih agresif dan hasilnya mendahului menerusi penyudah cantik Mohd Firdaus Azizul pada minit ke-34.

Kemasukan Mohd Fainizam Nordin mengambil alih slot Sarjan Venice Elphi Danny Kaya di sayap kiri dan Amiridzwan Taj Tajuddin menggantikan Rezal Zambery Yahya membolehkan Shukor Adan mengambil alih peranan sebagai jeneral di bahagian tengah.

Dan hasilnya, ATM mencipta lebih banyak peluang di babak kedua dengan tandukan Marlon ditepis ke palang oleh penjaga gol, Hamsani Ahmad dengan susulan A Varathan yang masuk menggantikan Fainizam selang beberapa minit, turut dinafikan Hamsani pada minit ke-75.

Pengendali, B Sathianathan jelas berang dengan persembahan lesu anak buahnya ketika hadir pada sesi sidang akhbar sejurus perlawanan berakhir

"Kami tidak bermain dengan baik. Pada separuh masa pertama, pemain beraksi kelam kabut. Pada babak kedua kami  beraksi dengan lebih baik.

"Pujian seharusnya diberikan kepada NS, mereka menjadikan keadaan sukar buat kami.  Mereka menjejaskan rentak permainan kami apabila kerap merebahkan badan ketika berlaku kekasaran.

"Mereka seharusnya memberhentikan tindakan sedemikian," katanya.

Sathia juga enggan menyalahkan pengadil, Samsudin dan penjaga garisan, M Sivanesan atas kegagalan ATM mengutip mata penuh dengan menyifatkannya sebagai lumrah permainan bola sepak.

"Saya bertanyakan kepada pegawai perlawanan, kali pertama dia berkata dia membatalkan gol itu kerana 'handball' lepas tu dia berkata jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Penjaring ATM dalam Liga Super

Marlon Alex James – 5

Shukor Adan – 2

Rezal Zambery Yahya – 1

Amiridzwan Taj – 1

Irwan Fadzli Idrus – 1

Nor Fazly Alias – 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads