ads

Jumaat, 12 April 2013

05 di paroi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Owona Puas Cetak Gol <b>Di Paroi</b> | Dunia Sukan

Posted: 06 Apr 2013 02:39 PM PDT

Penyerang import Terengganu, Jean Emmanuel Effa Owona nyata puas dapat menjaringkan gol menentang pasukan lamanya, Negeri Sembilan apatah lagi di gelanggang keramat pasukan tersebut; Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Buktinya dapat dilihat ketika pemain kelahiran Cameroon ini meraikan gol penyamaan Terangganu ketika perlawanan suku akhir pertama Piala FA pada Sabtu.

Owona meraikan gol yang dijaringkannya dihadapan penyokong Negeri Sembilan; seakan memberitahu bahawa Negeri Sembilan silap untuk melepaskannya.

Owona meraikan gol yang dijaringkannya dihadapan penyokong Negeri Sembilan; seakan memberitahu bahawa Negeri Sembilan silap untuk melepaskannya.

Owona; penjaring terbanyak Negeri Sembilan musim lalu dengan jumlah 15 gol mengakui gayanya meraikan jaringan penyamaan tersebut sememangnya mempunyai makna yang tersirat.

"Itu untuk membuktikan kepada mereka (penyokong Negeri Sembilan) bahawa saya masih yang terbaik di saingan Liga Malaysia ketika ini" kata Owona yang kini telahpun mencetak 6 gol dalam kempen Liga Super dan 3 gol pada saingan Piala FA.

Owona bagaimanapun mengakui kemenangan 3-1 tersebut tidak hadir dengan mudah selepas hampir sebahagian besar perlawanan dikuasai Negeri Sembilan sebelum Terengganu bangkit pada 10 minit terakhir permainan.

"Saya perlu akui sangat sukar untuk menjaringkan gol di Paroi. Pertahanan mereka bermain agak baik namun mujur kami dapat bangkit pada penghujung perlawanan.

"Walaubagaimanapun, masih ada 90 minit lagi di Kuala Terengganu jadi kami tetap perlu berwaspada dan dalam masa yang sama mengekalkan momentum kecemerlangan pasukan" tambah Owona.

Owona juga berpeluang menambah satu lagi gol dalam perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti namun sepakannya itu berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Hamsani Ahmad.

"Itu memang kesilapan saya. Saya mengambil penalti tersebut dengan terlalu mudah yang akhirnya berjaya dibaca Hamsani".

Dua lagi jaringan Terengganu dijaringkan Ashaari Samsuddin dan Nordin Alias sementara gol Negeri Sembilan dijaringkan penyerang berbakat, Nazrin Nawi.

Terengganu dijadualkan menerima kehadiran Negeri Sembilan untuk perlawanan kedua suku akhir Piala FA 2013 di Kuala Terengganu pada 16 April nanti.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved