CERITA CATUR 3 TAHUN LEPAS – Pada hari Khamis lepas (11 Februari 2010), sehari SM jalan-jalan di Negeri Sembilan kerana urusan catur. Pergi Nilai, Negeri Sembilan dulu, hantar resume Cerdik Catur Enterprise mohon jadi jurulatih catur Islamic Science University Of Malaysia (USIM), gi Seremban Parade pula, ambil gambar poster kejohanan catur di Seremban Parade, gi pula SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban (SHAMS) ambil cek elaun sebagai jurulatih catur dan pergi juga beberapa badan kerajaan dan swasta kerana dipanggil untuk bincang tentang penajaan kejohanan catur dan juga jumpa 2 orang VIP di sana yang nak bincang dengan SM tentang aktiviti kejohanan catur.
Sempat SM buat semua dalam masa 1 hari jee dari pagi hingga petang. Penat gak tapi semua keje catur beres.
Gambar SM posing di pintu masuk Islamic Science University Of Malaysia. Dengan memakai tali leher dan kemeja putih lengan panjang. Imej yang perlu kita tonjol kalau nak jumpa orang-orang yang berkhidmat dengan kerajaan, swasta dan juga VIP2 kalau urusan RASMI.
SM bergambar di pintu masuk bahagian hal ehwal pelajar, USIM.
Banner aktiviti di Seremban Parade dah diletakkan di pintu masuk Seremban Parade. Dah ada iklan Kejohanan Catur di Seremban Parade yang akan diadakan pada 27 dan 28 Februari ini.
SM di pintu masuk SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban.
Makan tengahari SM di Seremban. Lauk gulai ikan asam pedas dengan sayur bendi menjadi kebiasaan kegemaran makanan SM. Hamsem tak SM?? hehe
GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Apa SM buat di NEGERI SEMBILAN ?? - CERITA CATUR KENANGAN, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Tiada ulasan:
Catat Ulasan