ads

Isnin, 15 April 2013

05 di lenggeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DIALOG RAKYAT: Pemuda PAS Seremban saran calon &#39;neutral <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2013 04:20 PM PDT

Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk menang. 

 SEREMBAN: Masalah dalaman PAS Seremban kini mencapai satu lagi perkembangan baru apabila Pemuda PAS Seremban dalam satu resolusi yang dikeluarkan menerusi laman web milik mereka pemudaseremban.com bersetuju bahawa calon 'neutral' merupakan calon yang paling layak mewakili DUN Lenggeng.

Resolusi ini selaras dengan saranan ILHAM Centre dalam Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat di N09 DUN Lenggeng yang dibuat oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan yang menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk memenangi DUN Lenggeng.

Pemuda PAS Seremban berhujah bahawa PAS telah tiga kali meletakkan calon yang sama semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dan ternyata calon PAS hanya mampu meraih tidak lebih dari 35% undi dari jumlah pengundi keseluruhan.

"Lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan dan kerusi Parlimen Seremban gah dikongsi rakan Pakatan Rakyat yang lain tetapi sebaliknya DUN Lenggeng tertinggal dari arus tsunami rakyat 2008.

"Tatkala wakil rakyat UMNO dipalit isu rasuah, kajian ILHAM Centre jelas mendapati calon PAS masih gagal menawan hati pengundi.

"Faktor calon tempatan juga tidak boleh lagi menjadi isu kerana koresponden bersetuju untuk memilih bakal wakil rakyat mereka yang mampu untuk turun padang dengan segera dan prihatin dengan masalah rakyat. Tidak ada gunanya menjadi calon anak tempatan tetapi tidak dikenali masyarakat setempat.

"Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban (DPPKS) prihatin dengan nasib pengundi Lenggeng.

DPPKS tampil mengemukakan calon 'neutral' yang difikirkan layak mewakili PAS di DUN Lenggeng. Semoga Lenggeng dapat ditawan, menjadi DUN ke enam ditawan dalam Parlimen Seremban pada PRU ke-13 nanti! Takbir!

Resolusi Pemuda PAS Seremban ini sebenarnya dimaklumkan oleh salah seorang Ahli Pemuda PAS Seremban melalui kiriman email kepada FMT.

Masalah PAS Seremban 

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berpendapat perbalahan dan masalah PAS Seremban ini dirumitkan apabila Zulkefly Mohammad Omar mengekalkan pejabat MTD DUN Lenggeng di Ulu Beranang.

 

Sedangkan Pejabat MTD DUN Lenggeng yang sah kelolaan PAS Kawasan Seremban di Taman Panchor Jaya dibawah kepimpinan Yang DiPertua PAS Kawasan Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan juga mendapat pengiktirafan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan.

"MTD Lenggeng di Ulu Beranang pada asalnya adalah MTD yang sah (sebelum PAS Kawasan Seremban dipulihkan dari pergantungan oleh PAS Pusat) dan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

"Namun sesudah kawasan itu dipulihkan oleh PAS Pusat pada tahun 2010, jawatankuasa baru PAS Kawasan Seremban memilih untuk membuka Pejabat MTD DUN Lenggeng di Taman Panchor Jaya (sebuah kawasan di pinggir bandar Seremban) dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

"Apa yang dikesali oleh penyokong PAS adalah tindakan mengekalkan MTD DUN Lenggeng lama oleh kumpulan penyokong Zulkefly, sedangkan pengiktirafannya sebagai MTD sudah pun terbatal apabila kepimpinan PAS Kawasan Seremban yang sah memilih tempat baharu.

"Keadaan sebegini merumitkan ahli dan penyokong PAS khususnya di DUN Lenggeng kerana kedua-dua kumpulan saling berlumba menunjukan kekuatan.Tindakan ini sebenarnya memudahkan UMNO untuk mengekalkan kerusi yang disandang.

"Mungkin agak mengejutkan Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU) PAS Pekan Lenggeng yang dibuka PAS Kawasan Seremban di Lenggeng hanya berjarak 150 meter sahaja dengan UPU PAS Pekan Lenggeng yang dibuka penyokong Zulkefly. Walhal kedua-dua ini adalah bilik gerakan PAS.

Semakin bercelaru

"Mungkin kegilaan kedua-dua pihak untuk menjadi calon pilihanraya membuatkan keadaan semakin bercelaru.

"PAS Kawasan Seremban telah pun menghantar tiga nama calon ke PAS Pusat iaitu MK Ibrahim Abdul Rahman, Ghazali Mohd Shom dan Anuar Maarop.

"Pemuda PAS Kawasan Seremban sebagai kumpulan pendesak utama juga menghantar nama calon sendiri yang difikirkan diterima kedua-dua penyokong atas kapasiti calon 'neutral' sekiranya kedua-dua pihak berbalah tidak mahu beralah," kata Ahmad.

Ahmad dalam email tersebut turut mendedahkan nama calon 'neutral' telah dihantar sendiri Dewan Pemuda PAS Seremban ke Pejabat Agung PAS pada 26 Januari lepas dalam mencari jalan tengah.

"Namun sehingga kini bayangan nama calon masih samar-samar lagi. Jentera kedua-dua pihak hanyalah berkubu di kubang sendiri sedangkan gendang Pilihan Raya Umum hampir sampai ke kemuncak.

"Mungkin agak lucu sekiranya parti BERJASA lebih terkedepan dalam bab penerangan berbanding PAS di Seremban.

"Disini pentingnya percaturan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani dalam menghadapi situasi perbalahan yang serius yang telah berlanjutan lebih 10 tahun ini.

"Sebagai ketua adalah kuasa beliau untuk mencari jalan tengah dalam menyelesaikan kemelut yang melanda. Ada suara sumbang mengatakan Mohd Taufek tidak akan mampu kerana Zulkefly mempunyai pengaruh yang lebih kuat dari Mohd Taufek di Pejabat Agung PAS.

"Dakwaan ini mungkin berasas kerana Zulkefly adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat lantikan muktamar lepas.

"Dengan kemelut yang tidak tahu bila hujung ceritanya ini, PAS sepatutnya lebih realistik menggugurkan Lenggeng sebagai DUN berpotensi menang jika kedua-dua pihak masih inginkan MK Ibrahim dan Zulkefly sebagai calon.

"Tindakan Pemuda PAS Seremban yang dipimpin ketuanya Zulkarnain Zaki dan Timbalan Ketua, Abu Zarim Abdul Rahman dalam mencari jalan tengah dengan mengemukan resolusi calon 'neutral' adalah langkah terbaik dalam mengakhiri perang saudara ini," ujar Ahmad mengakhiri email.

Keputusan muktamad 

Sementara itu Mohd Taufek dalam maklum balas kepada FMT berhubung isu yang dibangkitkan oleh Pemuda PAS Seremban berkata bahawa keputusan muktamad berhubung calon yang akan bertanding di DUN Lenggeng akan diputuskan oleh PAS Pusat.

"Justeru itu sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon, semua pihak harus menghormati keputusan PAS Pusat.

"Saya menasihatkan semua pihak tumpu untuk kalahkan Umno dan Barisan Nasional. Sesiapa sahaja yang gagal mematuhi arahan bermakna mereka mahukan Umno menang.

"Masalah di PAS Seremban adalah masalah lama yang telah diselesaikan oleh PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat," kata Mohd Taufek.

Truth Nothing But The Truth: SPRM vs YB <b>LENGGENG</b>

Posted: 15 Mar 2013 07:58 PM PDT

16 Mac, 2013 YAB Dato Seri Utama Najib bin Tun Abd Razak akan bertandang semula ke Negeri Sembilan.  Kehadiran PM pada malam ini merupakan lawatan kerja terakhir beliau ke negeri beradat sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang akan tamat tempoh bagi penggal ke 12 pada 26 Mac ini.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan dalam kenyataan beliau selepas mesyuarat EXCO pada hari Rabu lepas memberitahu bahawa apabila tempoh dewan undangan berakhir tanpa pembubaran parlimen Malaysia, secara automatik ia akan terbubar dan beliau akan memimpin kerajaan sementara sehingga PRU ke 13 dan pembentukan kerajaan baru. Kerajaan Negeri Sembiloan di bawah BN difahamkan akan teus dikuasai oleh parti BN dan melalui gerakerja dan sokongan rakyat hasil kerja berterusan kepimpinan Tok Mat tidak boleh dipertikaikan PR akan menggigit jari di NSDK.
Kehadiran PM pada malam ini dalam majlis bersama MCA Negeri Sembilan selepas dua hari Mahkamah Tinggi Seremban membuat keputusan bahawa ADUN Lenggeng dari UMNO dibebaskan dan dilepaskan tidak bersalah dalam pertuduhan rasuah. Banyak pihak beranggapan bahawa ini tekanan pihak kerajaan yang menentukan keputusan penghakiman. Tetapi perlu diingat bahawa Hakim yang membuat keputusan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bahkan daripada sumber yang boleh percayai bahawa YA Dato Siti Mariah Hj Ahmad merupakan hakim yang pakar undang-undang dan mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah termasuk kes rasuah. Jangan ada mana-mana pihak termasuk pihak pembangkang yang selama ini mengharapkan orang UMNO perlu dijatuhi hukuman walau ternyata ia tidak bersalah. Kepada pembangkang tiada seorang pun orang kerajaan yang jujur dan bersih. Hanya di kalangan mereka sahaja yang dikategorikan bersih seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Mat Sabu dan ramai lagi.
Di Lenggeng ada di kalangan calon-calon yang mengangkat diri mereka sebagai winnable candidate sudah mula meroyan takut nama mereka terkeluar apabila keputusan mahkamah berpihak kepada ADUN Lenggeng.
Sejarah Bahagian Seremban memang semua orang tahu. Apabila Dato Ishak memimpin bahagian tersebut bermula tahun 1982 , dia tidak pernah cuba untuk meningkatkan kemajuan bahagian Seremban khususnya borang Melayu. Dia cuba menjadi hero untuk kepentingan peribadinya. Cakap dia semua betul dan orang lain di Bahagian Seremban tidak akan diberi ruang untuk maju sebagai pemimpin masa depan.
Zaman kegemilangan Dato Ishak sepatutnya telah berkahir selepas tidak lagi menjadi calon dalam PRU ke 12. Tetapi dengan taktik jahat dan kotor dia bersama dengan kuncu-kuncunya di bahagian Seremban menyebabkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang didakwa di mahkamah.
Dalam tempoh pendakwaan YB Lenggeng oleh SPRM yang boleh dikatakan menjadi kuda Dato Ishak Ismail, dimana sahaja dia berucap sudah pasti dia akan menelanjangkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang. Inilah gambaran sebenar pemimpin UMNO yang dikatakan bersemangat Melayu tetapi sebenar mempunyai hati yang sangat busuk.
Di Negeri Sembilan Dato Ishak bukan sahaja memburukkan orang UMNO disekitarnya tetapi sasaran utama ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua tahu Dato Ishak bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Cita-cita ini telah lama disimpan. Apabila Tan Sri Isa tidak lagi bertanding sebagai ADUN Linggi dan berpindah ke Parlimen Jempol dalam tahun 2004, Dato Ishak telah mencanangkan dia akan jadi MB. Juak-juak dia di bahagian Seremban telah menempah blazer untuk mengiringi Dato Ishak apabila diisytiharkan jadi MB kelak. Tapi Allah lebih berkuasa dan lebih mengetahui apa dalam isi hati seseorang. Jika dia menjadi MB Negeri Sembilan, lebih separuh NS akan dijualkannya atau diagihkan kepada langau-langau dia.
Niat Dato Ishak untuk jadi calon dalam PRU ke 13 masih membara. Dengan mengharapkan sokongan daripada 7 hingga lapan orang Ketua UMNO cawangan di Bahagian Seremban, dia mengimpikan DUN Sikamat untuk comeback.  Tapi sedarlah bahawa orang Sikamat pun bukan mahukan dia lagi. Ramai yang telah berikrar untuk mengundi pembangkang jika inilah calon pilihan PM.
PM jika melihat Tranformasi Negara boleh diterima oleh rakyat bawahan, jangan takut meletakkan calon-calon yang diterima rakyat. Sekiranya YB Lenggeng telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah kenapa tidak mungkin beliau dicalonkan semula di DUN Lenggeng.
Orang Lenggeng berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh JS sendiri sangat menyenangi YB ini. Mencari calon berwibawa di Lenggeng bukan mudah. Jangan sesuka hati meletakkan orang Dato Ishak di Lenggeng. Jika ini ini berlaku maka akan terus bergolak kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sekira "Orang Sahak" diletakkan di Lenggeng.
Tranformasi bukan sekadar slogan. Ia perlu dipraktikkan.  Maka adalah lebih baik mengekalkan calon yang sedia ada kerana pihak pembangkang telah kehabisan peluru di Lenggeng. Walaupun Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang turun di Lenggeng, sekira YB Mustafa dikekalkan di Lenggeng, BN pasti menang.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved