Khamis, 11 April 2013

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 09:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RAKYAT MARHAEN: PRU13 : Pemuda PAS Seremban saran calon <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 09:38 PM PDT

Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk menang.
SEREMBAN: Masalah dalaman PAS Seremban kini mencapai satu lagi perkembangan baru apabila Pemuda PAS Seremban dalam satu resolusi yang dikeluarkan menerusi laman web milik mereka pemudaseremban.com bersetuju bahawa calon 'neutral' merupakan calon yang paling layak mewakili DUN Lenggeng.
Resolusi ini selaras dengan saranan ILHAM Centre dalam Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat di N09 DUN Lenggeng yang dibuat oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan yang menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk memenangi DUN Lenggeng.
Pemuda PAS Seremban berhujah bahawa PAS telah tiga kali meletakkan calon yang sama semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dan ternyata calon PAS hanya mampu meraih tidak lebih dari 35% undi dari jumlah pengundi keseluruhan.
"Lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan dan kerusi Parlimen Seremban gah dikongsi rakan Pakatan Rakyat yang lain tetapi sebaliknya DUN Lenggeng tertinggal dari arus tsunami rakyat 2008.
"Tatkala wakil rakyat UMNO dipalit isu rasuah, kajian ILHAM Centre jelas mendapati calon PAS masih gagal menawan hati pengundi.
"Faktor calon tempatan juga tidak boleh lagi menjadi isu kerana koresponden bersetuju untuk memilih bakal wakil rakyat mereka yang mampu untuk turun padang dengan segera dan prihatin dengan masalah rakyat. Tidak ada gunanya menjadi calon anak tempatan tetapi tidak dikenali masyarakat setempat.

"Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban (DPPKS) prihatin dengan nasib pengundi Lenggeng. DPPKS tampil mengemukakan calon 'neutral' yang difikirkan layak mewakili PAS di DUN Lenggeng. Semoga Lenggeng dapat ditawan, menjadi DUN ke enam ditawan dalam Parlimen Seremban pada PRU ke-13 nanti! Takbir!
Resolusi Pemuda PAS Seremban ini sebenarnya dimaklumkan oleh salah seorang Ahli Pemuda PAS Seremban melalui kiriman email kepada FMT.
Masalah PAS Seremban
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berpendapat perbalahan dan masalah PAS Seremban ini dirumitkan apabila Zulkefly Mohammad Omar mengekalkan pejabat MTD DUN Lenggeng di Ulu Beranang.
Sedangkan Pejabat MTD DUN Lenggeng yang sah kelolaan PAS Kawasan Seremban di Taman Panchor Jaya dibawah kepimpinan Yang DiPertua PAS Kawasan Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan juga mendapat pengiktirafan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan.
"MTD Lenggeng di Ulu Beranang pada asalnya adalah MTD yang sah (sebelum PAS Kawasan Seremban dipulihkan dari pergantungan oleh PAS Pusat) dan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.
"Namun sesudah kawasan itu dipulihkan oleh PAS Pusat pada tahun 2010, jawatankuasa baru PAS Kawasan Seremban memilih untuk membuka Pejabat MTD DUN Lenggeng di Taman Panchor Jaya (sebuah kawasan di pinggir bandar Seremban) dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.
"Apa yang dikesali oleh penyokong PAS adalah tindakan mengekalkan MTD DUN Lenggeng lama oleh kumpulan penyokong Zulkefly, sedangkan pengiktirafannya sebagai MTD sudah pun terbatal apabila kepimpinan PAS Kawasan Seremban yang sah memilih tempat baharu.
"Keadaan sebegini merumitkan ahli dan penyokong PAS khususnya di DUN Lenggeng kerana kedua-dua kumpulan saling berlumba menunjukan kekuatan.Tindakan ini sebenarnya memudahkan UMNO untuk mengekalkan kerusi yang disandang.
"Mungkin agak mengejutkan Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU) PAS Pekan Lenggeng yang dibuka PAS Kawasan Seremban di Lenggeng hanya berjarak 150 meter sahaja dengan UPU PAS Pekan Lenggeng yang dibuka penyokong Zulkefly. Walhal kedua-dua ini adalah bilik gerakan PAS.
Semakin bercelaru
"Mungkin kegilaan kedua-dua pihak untuk menjadi calon pilihanraya membuatkan keadaan semakin bercelaru.
"PAS Kawasan Seremban telah pun menghantar tiga nama calon ke PAS Pusat iaitu MK Ibrahim Abdul Rahman, Ghazali Mohd Shom dan Anuar Maarop.
"Pemuda PAS Kawasan Seremban sebagai kumpulan pendesak utama juga menghantar nama calon sendiri yang difikirkan diterima kedua-dua penyokong atas kapasiti calon 'neutral' sekiranya kedua-dua pihak berbalah tidak mahu beralah," kata Ahmad.
Ahmad dalam email tersebut turut mendedahkan nama calon 'neutral' telah dihantar sendiri Dewan Pemuda PAS Seremban ke Pejabat Agung PAS pada 26 Januari lepas dalam mencari jalan tengah.
"Namun sehingga kini bayangan nama calon masih samar-samar lagi. Jentera kedua-dua pihak hanyalah berkubu di kubang sendiri sedangkan gendang Pilihan Raya Umum hampir sampai ke kemuncak.
"Mungkin agak lucu sekiranya parti BERJASA lebih terkedepan dalam bab penerangan berbanding PAS di Seremban.
"Disini pentingnya percaturan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani dalam menghadapi situasi perbalahan yang serius yang telah berlanjutan lebih 10 tahun ini.
"Sebagai ketua adalah kuasa beliau untuk mencari jalan tengah dalam menyelesaikan kemelut yang melanda. Ada suara sumbang mengatakan Mohd Taufek tidak akan mampu kerana Zulkefly mempunyai pengaruh yang lebih kuat dari Mohd Taufek di Pejabat Agung PAS.
"Dakwaan ini mungkin berasas kerana Zulkefly adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat lantikan muktamar lepas.
"Dengan kemelut yang tidak tahu bila hujung ceritanya ini, PAS sepatutnya lebih realistik menggugurkan Lenggeng sebagai DUN berpotensi menang jika kedua-dua pihak masih inginkan MK Ibrahim dan Zulkefly sebagai calon.
"Tindakan Pemuda PAS Seremban yang dipimpin ketuanya Zulkarnain Zaki dan Timbalan Ketua, Abu Zarim Abdul Rahman dalam mencari jalan tengah dengan mengemukan resolusi calon 'neutral' adalah langkah terbaik dalam mengakhiri perang saudara ini," ujar Ahmad mengakhiri email.
Keputusan muktamad
Sementara itu Mohd Taufek dalam maklum balas kepada FMT berhubung isu yang dibangkitkan oleh Pemuda PAS Seremban berkata bahawa keputusan muktamad berhubung calon yang akan bertanding di DUN Lenggeng akan diputuskan oleh PAS Pusat.
"Justeru itu sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon, semua pihak harus menghormati keputusan PAS Pusat.
"Saya menasihatkan semua pihak tumpu untuk kalahkan Umno dan Barisan Nasional. Sesiapa sahaja yang gagal mematuhi arahan bermakna mereka mahukan Umno menang.
"Masalah di PAS Seremban adalah masalah lama yang telah diselesaikan oleh PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat," kata Mohd Taufek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads