Khamis, 7 Mac 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Dihalau Pak Guard ketika jogging <b>di Port Dickson</b>! | CuteCarry <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 06:24 AM PST

Pot Dickson bukanlah  'popular' untuk sesat. Ia adalah satu kawasan yang "agak mesra pemandu" kerana  ia hanya satu jalan sepanjang pantai.Kita hanya perlu tahu untuk membelok kanan atau kiri apabila kita sampai di persimpangan bulatan Teluk Kemang ataupun lampu isyarat kem tentera.  Cutecarry dah berpuluh kali ke Port Dickson tetapi, Cutecarry menghadapi kesukaran untuk mencari tempat yang bernama Admiral Covedi mana program diadakan. Dua faktor penyebab sesat iaitu:

  1. Dua hotel yang ada perkataan Admiral; Hotel Admiral and Hotel Admiral Cove.  CuteCarry tengok signboard, nampak Admiral dan terus dengan confidentnya masuk ke dalam hotel tersebut. Tetapi bila dah masuk nampak macam lain macam sebab mana Cove nya? CuteCarry tanya pada pak guard Nepal dan dia bagi direction yang sangat specific untuk ke Admiral Cove, mungkin sebab ramai dah sesat kut macam CuteCarry!

CuteCarry ikut apa kata Pak Guard Nepal tu, tetapi akhirnya terlajak hingga sampai ke Teluk Kemang.. tanya orang disekitar dan mereka tetap memberikan lokasi ke Admiral.   CuteCarry pun drive perlahan-lahan  dan FINALLY, sampai gak. Amboiiii….manjanya signboardnya. Bagi ala-ala nampak tak nampak!!! Tetapi bila sampai hati CuteCarry berbunga kembali bila tengok bilik CuteCarry.. terima kasih kepada penganjur kerana memberikan bilik yang amat menarik kepada CuteCarry. Admiral Cove ni dikira agak menarik walaupun ia adalah antara tempat yang kurang mesra daripada segi signboard dan bangunannya. Anda perlu keluar daripada bangunan untuk ke restoran dan juga CuteCarry hadapi kesukaran untuk turun cari bilik!!!Tetapi semua itu tidak menjadi hal kerana CuteCarry amat suka dengan pemandangan CuteCarry. Bilik amat besar dan CuteCarry  buka seluas-luasnya langsir dan menikmati pemandangan sambil pakai boxer Calvin Klein dan baring atas Cleopatra  seat. Tiba-tiba, ehhhh…. ada orang berjalan depan  pintu cermin CuteCarry, dah rasa macam buat show kat Red Light District Amsterdam pulak! Terus Cutecarry batalkan hasrat untuk terus seksi terlebih-lebih.  Bilik terletak tempat orang berjalan kaki, nasib la kan.. (btw..nampak tak perempuan kat luar dalam gambar tersebut? CuteCarry tengok dia, dan dia tengok balik CuteCarry..the CuteCarry terus snap gambar! Very berada dalam aquarium tau!!!

Can u see her? Yess…Im snapping the photo and there she is looking at me!

Kalaulah tidak salah CuteCarry, Admiral Cove ini ialah lokasi cerita lakonan Fazura zaman iaitu Kayangan. Filem tu pun rasanya bukanlah box office sangat, manja-manja je sambutannya samalah seperti manja-manja signboard ke Admiral Cove!

Dietlah sangat… tak mau ambil nasi lemak tapi ambil salad dengan pancake dan sambal tumis nya. As usual, nogori punya sambal tumis tetap pedas!

Bab makan di Admiral Cove ni bolehlah tahan. Tidak terlalu best dan tidaklah terlalu teruk. Standardnya sama je seperti hotel-hotel lain, cuma ada satu kaunter veegetarian. So, sapa terasa nak makan vegetarian,cubalah. Vegetarian ni bukanlah macam sayur yang biasa tu tapi ayam dan ikan vegetarian. Faham kan? Ayam atau ikan atau daging yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Sedap!!!

Kejadian dihalau Pak Guard (tak tau pula warganegara apa..) ialah ketika CuteCarry berjogging di pagi hari. Ada satu kawasan di tepi laut yang menempatkan lot rumah banglo. CuteCarry pun berjogging masuk ke kawasan tersebut. Seriously, CuteCarry tidak tahu ia adalah kawasan larangan sebab disitu ada penghadang tetapi ada kawasan untuk pejalan kaki masuk. Ingatkan bolehlah masuk. U know, macam kawasan biasa. So, dengan tahap konfidensi yang sangat tinggi, CuteCarry berjogging ke kawasan tu dan tiba-tiba terdengar jeritan seorang lelaki daripada pondok pak guard. CuteCarry tidak faham apa yang dimaksudkan, ingat dia menjerit sebab apa. So, CuteCarry pun terus  buat 'lompat bintang'. Mampu ? Dah kena  jerit pun terus buat sesi regangan berserta lompat bintang. (satu, dua tiga, lapan, lapan lagi..- oh teringat aerobik RTM pagi-pagi zaman dahulu).

Pak Guard tu pun terus menjerit dan akhirnya baru CuteCarry perasan yang jeritan tu ditujukan pada CuteCarry. Seriously, dia membebel dalam bahasa apa tah, manalah CuteCarry paham. Walaupun muka CuteCarry macam mamat Nepal, CuteCarry tak paham tau! :p

Tetapi CuteCarry tidaklah retaliate atau marah dia balik sebab barulah CuteCarry perasan yang CuteCarry masuk kawasan larangan. So, CuteCarry buat muka confident, terus berlari-lari anak keluar dariapda kawasan tersebut tanpa melihat pada Pak Guard tu.Moral disini ialah,  cubalah gajikan Pak Guard yang tahu cakap bahasa Melayu,ini bukan Kathmandu atau Yangon!

Weekend di sini dipenuhkan dengan CuteCarry membuat presentation. This is the view from  stage!

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk  styling individu dan juga kursus untuk  korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads