Isnin, 18 Mac 2013

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Padang rumput tiruan <b>di</b> Kompleks Belia dan Sukan <b>Paroi</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 07:36 AM PST

SEREMBAN, 19 Feb. : Kompleks Belia dan Sukan Paroi kini di lengkapi dengan padang rumput tiruan yang memperoleh akreditasi FIFA 2 Star, iaitu penilaian paling tertinggi oleh FIFA dan sesuai digunakan untuk pertandingan antarabangsa.

Padang rumput tiruan daripada jenis "fieldturf" dari USA di kompleks itu merupakan yang pertama siap di Malaysia.

Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan berkata padang rumput tiruan lebih murah kos penyenggaraan berbanding padang rumput asli.

"Dalam tempoh 15 tahun, dijangka tahap kepudaran warna rumput hanya sebanyak 5% dan boleh digunakan dalam apa keadaan sekali pun sama ada panas atau hujan.

"Justeru, pengguna kompleks sukan yang sememangnya menjadi tumpuan ramai ini dapat menikmati kemudahan reakreasi yang baik disediakan oleh pihak kerajaa," katanya.

"Kita nak bawa kemudahan – kemudahan yang canggih diguna pakai dan dirasai oleh semua pihak supaya mereka juga dapat merasakan padang rumput tiruan ketika bermain bola.

"Pemuda yang menggunakan padang ini setiap hari dan boleh mengadakan perlawanan persahabatan serta liga tempatan dan ini juga dapat memberi impak yang besar kepada mereka, di mana boleh menggunakan padang ini
sepanjang masa.

"Padang ini akan diuruskan oleh Jabatan Belia dan Sukan, bahkan kompleks belia ini telah menjadi tumpuan orang ramai semenjak kita menaik taraf kemudahan yang ada seperti gelanggang futsal, tenis, sepak takraw, gim dan pelbagai kemudahan lain," katanya.

Pembinaan padang bola sepak tiruan merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads