Ahad, 31 Mac 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mantin</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 12:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Apartment untuk disewa <b>di Mantin</b> | Rumah Sewa

Posted: 19 Nov 2012 11:11 PM PST

Publish date: November 20, 2012 7:17 am
Contact Name: YAP TIN FOOK
Price: RM500
Region: Negeri Sembilan
Location: MANTIN
Phone: 0122372196
Tags:

Sri Cendana walk up apartment Bandar Universiti Teknologi Lagenda for Rent. Block 14. SC14-0101. GND Floor. 905sf. 3R3B. Unfurnished.
Grille, fans, & lights to the whole apartment.Gated and Guarded community. Currently vacant. Move-in condition, well-kept & cleanWalk distance to Academy Center Lagenda, Shop Lot, Restaurant, Mini Market and 7-11. 5 Mins drive to Mantin Town. 15 Mins to Lekas Expressway, Seremban, Semenyih and Bandar Baru Nilai. 20 Mins to Bangi, KLIA, Cyberjaya, Putrajaya and Kajang.Term 1 year. 2+1 rental deposit. RM200 utility deposit + RM200 tenancy agreement.Prefer China and Malaysian students or working expats. First Come First Serve.
Call MR YAP 012-2372196 arrange viewing.

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Politik Melayu <b>Mantin</b>: Medan Niaga Melayu <b>Mantin</b>

Posted: 24 Jan 2013 05:45 AM PST

Sekarang dah nampak 3 kawasan Melayu berniaga di Mantin. Pertama di Kedai Mara tempat nasi lemak Haji Nor, kedua di jalan masuk Mantin Dalam dan ketiga dekat simpang ke Lenggeng.

Kawasan baru ini ada tempat cuci kereta. Ada tempat repair kereta. Baru-baru ini ada pula warung Coconut Shake. Dengar khabar pengusaha warung coconut shake ini Benggali dari Lenggeng. Dia belajar buat coconut shake dari Melaka. Harga segelas coconut shake RM 2.70 . Kita belum rasa lagi coconut shake dia. Ahad lepas kita minum coconut shake di Bandar Baru Serting. Harga dia baru RM 2.00.

Tanah ini dengar khabarnya disewa. Sama ada dari Telekom atau TNB kita tak ingat. Baguslah. Ada juga tempat kawasan orang Melayu berniaga. 

Baguslah. Kita harap peniaga Melayu lain dapat datang ke kawasan ini. Lebih  ramai lebih meriah. Kita di Mantin jadi minoriti.

Next: Pegawai SPRM ditangkap berkhalwat dengan wanita Indonesia

Posted: 04 Mar 2013 06:08 PM PST


PENSYARAH RASUAHSEREMBAN – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasangannya seorang wanita warga Indonesia masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di di Mantin dekat sini Jumaat lalu.

Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Miswandi Samin, 55, dan pasangannya, Dewi Maryanti, 23, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd. Helmi Masran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan daripada pihak atasan.

Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan pihak pendakwaan selepas Wan Mohd. Helmi gagal memberi alasan mengapa kes berkenaan perlu dijalankan secara tertutup.

Menurut kertas pertuduhan, Miswandi yang bertugas di Putrajaya dan Dewi yang bekerja di sebuah kilang di Nilai didakwa cuba melakukan persetubuhan haram dengan berkurung di sebuah rumah di Apartmen Sri Palma di Kolej Lagenda, Mantin dekat sini kira-kira pukul 5.15 petang pada 1 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan iaitu berkurung sehingga mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat dengan pasangan yang bukan mahramnya.

Jika disabitkan dengan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Hamizan kemudiannya memerintahkan kedua-dua pasangan berkenaan masing-masing dikenakan denda RM1,800 atau satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pasangan berkenaan menjelaskan denda tersebut.

Mengikut fakta kes, sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyerbu rumah berkenaan selepas menerima aduan awam kira-kira pukul 4.40 petang.

Ketika pemeriksaan penguat kuasa JHEAINS mendapati pintu apartmen berkenaan berkunci dan mereka terpaksa mengumpil pintu selepas penghuninya enggan memberikan kerjasama.

Dalam pemeriksaan itu, pihak JHEAINS menemui Miswandi yang memakai kemeja dan seluar panjang bersembunyi di dalam bilik air di sebuah bilik.

Dewi yang memakai baju-T dan seluar paras lutut ketika kejadian dijumpai bersembunyi di bawah katil di sebuah lagi bilik.

Pemeriksaan lanjut mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan bukannya suami isteri. – Kosmo


SK KAMPONG DACHING LENGGENG: Amukan <b>di</b> Padang SK <b>Mantin</b>

Posted: 03 Feb 2013 02:03 PM PST

Mantin, 2 Feb : Pasukan bola sepak SK Kg Daching mencatat keputusan di luar dugaan pada pagi sabtu dengan kemenangan bergaya. Perlawanan yang sepatutnya berlangsung lebih awal telah tertangguh telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Pasukan SKKD dilihat mendominasi permainan dengan beberapa percubaan yang tersasar dan berjaya dibaca penjaga gol SK Mantin. Namun kelekaan pertahanan SKKD akhirnya dihukum melalui satu serangan balas SK Mantin untuk lawan menjaringkan gol pertama melalui serangan pertama mereka. Ketua pasukan SKKD Azim, menyemarakan semula saingan dengan menjaringkan gol penyamaan 5 minit selepas gol awal lawan itu. Separuh masa tamat SKKD 1 - 1 SK Mantin. Aksi di separuh masa ke 2 diteruskan lagi dengan SKKD yang mendapat suntikan semangat dari jurulatih En Arifin b. Hj Ismail mula mengorak langkah melancarkan serangan ke dalam kotak penalti SK Mantin. Haziq Aiman membuktikan beliau masih penyerang utama SKDD melalui jaringan cantik hasil kelam kabut di hadapan gol lawan. Giliran Aiman Ghazali menambah derita SK Mantin pada minit ker 40 untuk gol ketiga. Haziq Aiman menambah hatrik pada minit ke 45 dan 48 untuk SKKD di depan dengan 5 - 1. SKKD terus bernafsu memburu jaringan melalui pemain tengah Fairuz menambah gol ke enam dan pemian gantian yang merupakan pemain bawah 10 tahun Daching 9 FC, Ariff menamatkan pesta gol SKKD dengan jaringan ke 7. Keputusan penuh SK Kg Daching 7 - 1 SK Mantin. Ketika diminta mengulas tentang perlawanan persahabatan pada hari ini, Cikgu Firdaus menyatakan beliau berpuas hati dengan peningkatan permainan beberapa pemain dan beliau juga mengingatkan bahawa ini baru permulaan dan sasaran sebenar adalah kejohanan MSSD Seremban 1 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Melaporkan @Cikgu Duan Nadi Sukan Daching 901

MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSAMA DELEGASI SEARCCT <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 02:36 AM PDT

04 oKT 2012   –   Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; YBhg Dato' Abdul Hadi Awang Kechil telah menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama Perwakilan SEARCCT dan MTCP di Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); Tuan Rozainor bin Ramli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads