Khamis, 14 Mac 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search

.: PROMOSI MENARIK MENGENAI LINTON UNIVERSITY COLLEGE

Posted: 01 Mar 2013 09:07 PM PST

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke LINTON UNIVERSITY COLLEGE bolehlah menghubungi  MIR, 017 6842 836 atau email ke lintonintake@gmail.com untuk perbincangan selanjutnya.
 
oleh Abdul Razak Din
KAMPUS Kolej Legenda Mantin, Negeri Sembilan yang berharga hampir RM700 juta akan beroperasi sepenuhnya mulai pertengahan Disember ini. Kemudahan kolej yang setaraf seperti sebuah universiti itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi maklumat (IT).
Timbalan Rektor Kanan Kolej Legenda, Senthilathiban Veeriah berkata, apabila siap, kampus yang dibina kawasan seluas 63.6 hektar ini mampu menampung seramai 25,000 pelajar pada sesuatu masa.
"Kini seramai 300 pelajar kumpulan pertama telah menghuni kampus ini dan dijangkakan sehingga akhir tahun ini sebanyak 2,000 pelajar akan menjadi penghuni pertama kampus baru ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Katanya, pentadbiran kolej mengutamakan prinsip keselesaan pembelajaran dan kebajikan pelajar demi menyahut seruan kerajaan serta merealisasikan aspirasi negara untuk membina generasi celik teknologi maklumat (ICT), berilmu dan patriotik sesuai dengan perkembangan global.
Beliau berkata, dengan siapnya kampus baru ini, pentadbiran kolej merancang beberapa kursus baru iaitu sains komputer, kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan perakaunan.
Kampus baru dengan persekitaran bertaraf universiti ini mengandungi bilik-bilik kuliah dan tutorial moden, 16 makmal komputer yang boleh diakses kepada pemprograman, internet, multimedia dan beberapa kemudahan lagi.
"Setiap makmal ini akan dihubungkan dengan rangkaian Cisco melalui kerjasama Kolej Legenda dengan Cisco Computer," katanya.
Selain makmal komputer, kolej ini juga menyediakan makmal kejuruteraan elektronik, makmal amali dan untuk menghasilkan projek-projek kajian.
"Kami juga akan menyediakan kemudahan untuk makmal sains"
Mengenai kemudahan perpustakaan pula, Senthi berkata, kampus baru di Mantin menyediakan kemudahan 10 kali ganda lebih besar yang mampu memuatkan sehingga 2,000 pelajar pada sesuatu masa.
Di samping kemudahan buku yang mencukupi untuk keperluan para pelajar, perpustakaan ini juga menyediakan bilik perbincangan, ruang akhbar dan majalah dan keperluan lain.
Ketika ditanya mengenai kemudahan penginapan pelajar, Senthi berkata, penginapan untuk pelajar yang menetap dalam kampus begitu selesa dengan penyediaan tempat tinggal seperti apartmen.
Katanya, setiap apartmen mempunyai tiga bilik dengan tiga bilik air.
"Dua pelajar ditempatkan bagi setiap bilik."
"Mereka yang berkemampuan dibenarkan tinggal satu bilik seorang dan mereka dibenarkan memasak di apartmen mereka," katanya.
Mengenai kemudahan pembelajaran pula Senthi berkata, Kolej Legenda sentiasa menyediakan kemudahan pembiayaan pembelajaran terutama dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk keperluan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Di samping itu, pihak kolej menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman yang turut menetap di kampus.
"Kami berharap dengan penempatan tenaga pengajar di kampus memudahkan mereka berinteraksi sekiranya mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran," katanya.
Mengenai prestasi pelajar-pelajar Kolej Legenda, beliau berkata, pada tahun lalu peratus kelulusan keseluruhan ialah 87.9 peratus dan tahun ini 93.7 peratus.
Katanya, ia adalah hasil kegigihan dan ketegasan pentadbir dalam menentukan garis panduan dan sasaran pegawai akademik ialah bagi menjamin kualiti yang benar-benar jitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads