ads

Isnin, 4 Februari 2013

05 di rembau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Apakah Nasha layak bertanding <b>di Rembau</b>?

Posted: 03 Feb 2013 07:13 PM PST

Bagaimanapun, Nasharuddin langsung tidak menepati ciri-ciri kekuatan personalti yang ada pada Anwar, Nik Aziz dan Tengku Razaleigh.
REMBAU: Selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan daripada Majlis Syura dan pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Nasharuddin juga digugurkan sebagai calon parlimen Bachok dalam Plihan Raya Umum ke-13 (PRU-13); timbul pula desas desus apakah beliau layak diturunkan di kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nasharuddin sebenarnya merupakan anak jati Rembau.
FMT cuba mendapatkan pandangan suara akar umbi di Rembau berhubung cadangan ini.
Rozmal Malakan dari Rembau yang merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan sistem Adat Perpatih berpendapat Nasharuddin harus bertanding di Rembau.
"Ini adalah kerana mengikut adat  di Rembau, nasab (keturunan) anak adalah mengikut ibunya, dan ibunya adalah orang Rembau, tak silap saya dari suku Sri Melenggang. Ini bermakna Nasharuddin adalah dari suku Sri Melenggang.
"Berbeza dengan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional);  hanya ayahnya sahaja yang berasal dari Rembau. Oleh itu beliau tidak termasuk dalam mana-mana suku di Rembau, melainkan beliau telah menjalani upacara adat iaitu berkedim.
"Amatlah sesuai sekali jika Nasharudin diberi peluang untuk bertanding di parlimen Rembau atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, kerana kampung beliau ialah di Air Melintang di dalam DUN Kota.
"Semoga dengan kehadiran Nasharudin di Rembau akan menyemarakkan lagi usaha mengimarahkan masjid-masjid yang semakin mati di daerah ini," kata Rozmal.
Apabila ditanya FMT apakah Nasharuddin harus bertanding atas tiket PAS atau Umno? Rozmal berkata itu terpulang kepada Nasharuddin sendiri.
Orang Rembau tidak kenal Nasharuddin

Abdul Hadi Abuyan seorang penyokong PAS dari Rembau pula tidak bersetuju jika PAS menawarkan Nasharuddin bertanding di parlimen Rembau mahu pun di mana-mana kerusi di Negeri Sembilan, sama ada kerusi Parlimen atau DUN.
"Beliau bukan popular pun di peringkat akar umbi. Malah orang Negeri Sembilan dan Rembau sendiri ramai yang tidak tahu yang Nasharuddin anak kelahiran Rembau, Negeri  Sembilan sebenarnya.
"Saya rasa beliau dapat peluang bertanding di Bachok dulu pun sebab status timbalan presiden dulu. Parti bagi kerusi selamat agaknya.
"Bagi saya cuma ada tiga individu sahaja yang mempunyai karisma dan mampu menang jika bertanding selain dari kerusi asal masing-masing. Mereka itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz  dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
"Nasharuddin langsung tidak menepati ciri-ciri kekuatan personalti yang ada pada Anwar, Nik Aziz dan Tengku Razaleigh.
"Saya cadangkan elok sahaja Nasharuddin menjadi timbalan pengerusi JATI," ulas Abdul Hadi.
Nasharuddin bertanding tiket Umno di Rembau?

Azhar Mohamad dari Chembong pula mencadangkan Umno menawarkan Nasharuddin bertanding di kerusi parlimen Rembau atas tiket Umno jika parti itu benar-benar ingin membela nasib Nasharuddin yang kononnya dizalimi oleh PAS.
"Jangan sekadar cakap sahaja bahawa PAS menzalimi Nasharuddin lah, PAS sudah lari dari perjuangan asal lah, Nasharuddin pemimpin berprinsip lah.
"Sejak 2008, saya memang perasan Umno mempertahankan Nasharuddin habis-habisan terutama ketika bertanding jawatan timbalan presiden pada tahun 2009 dan 2011. Sejak Nasharuddin digugurkan dari Majlis Syura, sokongan pemimpin Umno kepada Nasharuddin semakin jelas dan kuat termasuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Oleh itu jika benar Najib ikhlas dan merasakan satu aset yang amat berharga kepada perjuangan Islam dan bangsa Melayu, mengapa Najih tidak melamar sahaja Nasharuddin dan menurunkan Nasharuddin di Rembau?  tanya Azhar.

GMC: Penyokong2 PAS tidak mau Nasa <b>di Rembau</b> PRU13??.kah <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 09:09 PM PST


Benarkah PAS rembau tolak Nasha bertanding dimana2 kerusi Negeri Sembilan? .....mengikut adat di Rembau, nasab (keturunan) anak adalah mengikut ibunya, dan ibunya adalah orang Rembau, tak silap saya dari suku Sri Melenggang. 

Ini bermakna Nasharuddin adalah dari suku Sri Melenggang. 

"Selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan daripada Majlis Syura dan pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Nasharuddin juga digugurkan sebagai calon parlimen Bachok dalam Plihan Raya Umum ke-13 (PRU-13); timbul pula desas desus apakah beliau layak diturunkan di kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan.". 


"Orang Rembau tidak kenal Nasharuddin Abdul Hadi Abuyan seorang penyokong PAS dari Rembau pula tidak bersetuju jika PAS menawarkan Nasharuddin bertanding di parlimen Rembau mahu pun di mana-mana kerusi di Negeri Sembilan, sama ada kerusi Parlimen atau DUN". 

 kah..kah..kah..kahh 

Read More

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved