05 di mambau - Google Blog Search |
- rumah nabil <b>di mambau</b> dipecah masuk sekumpulan penjenayah
- Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>
- BBQ sesama sanak saudara <b>di Mambau</b> pada raya ke 5
rumah nabil <b>di mambau</b> dipecah masuk sekumpulan penjenayah Posted: 29 Feb 2012 04:00 PM PST SEREMBAN 29 Feb. – Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu. Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran. "Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah. "Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya ketika ditemui di rumah itu hari ini. Incoming search terms: |
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b> Posted: 01 Feb 2013 06:22 PM PST SEREMBAN – Seorang lelaki diberkas ketika cuba merasuah RM2,000 kepada pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengelak daripada dicekup kerana menjual diesel subsidi di pasaran gelap semalam. Suspek berusia 40 tahun tersebut diberkas pada pukul 1.15 petang oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut serta dalam serbuan itu. Sumber berkata, sebelum diberkas, pihak KPDNKK telah menahan seorang pekerja suspek berusia 38 tahun ketika dia sedang mengisi bahan bakar tersebut ke dalam dua buah tangki yang boleh memuatkan 1,000 dan 3,000 liter diesel di sebuah stesen minyak di Mambau dekat sini. Katanya, dua tangki tersebut dibawa dengan menggunakan sebuah lori tiga tan yang bertutup. "Pihak berkuasa kemudian dibawa ke sebuah taman perumahan berhampiran untuk berjumpa dengan majikannya bagi 'menyelesaikan' kes tersebut. "Sebaik sampai, majikan lelaki itu cuba merasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan. Pegawai SPRM yang menyamar kemudian terus menahan lelaki itu," katanya sambil memberitahu suspek telah menjalankan kegiatan haram itu sejak lebih setahun lalu. Menurut sumber itu, suspek akan mengisi sekurang-kurangnya 4,000 liter diesel subsidi sehari sebelum dihantar ke sebuah stor dekat sini yang mampu menyimpan sebanyak 50,000 liter bahan bakar tersebut pada satu-satu masa. "Suspek membeli diesel itu pada harga RM1.80 seliter tetapi dia akan menjual kepada pihak ketiga dengan harga antara RM1.95 hingga RM2 seliter untuk dihantar ke pasaran gelap," katanya. Ujar sumber itu, suspek mendapat keuntungan mencecah RM40,000 sebulan. Ketika dicekup, dia datang dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ssangyong Rexton. "Suspek hanya mengisi minyak pada waktu malam dan akan mengupah RM10 kepada pekerja stesen minyak untuk tutup mulut," katanya. |
BBQ sesama sanak saudara <b>di Mambau</b> pada raya ke 5 Posted: 27 Sep 2009 07:37 AM PDT Pada mlm raya ke lima, rumah kami menganjurkan majlis berbeku. Saudara mara blah mak dan ayah datang dari petang membantu proses mengemas, menyedia bahan mentah dan membakar. Rumah terbuka dan tertutup ni tuk kaum family dlm n9...yg jauh tu tp dkt dpt la dtg...kwn2 rapat adik2 dan jiran...idea nih timbul mse bergurau sesama Mak Chik Zamah mlm mak kluar hospital semalam...bnda tak rancang betul2 pn... Tp esok hari tu jadi gak BBQ...huhu...
Selesai progam mlm tu...ape lg...letih la ktorg membasuh pinggan mangkuk dan mcm2 tu...nasib aku ade adik beradik ramai yg saiz pn ehem2...haha...selesai...tujuan program ni nk eratkan silaturrahim dan bg peluang yg muda2 nih bersosial sesama dorg...tak cukup dgn hp je bai...k.. |
You are subscribed to email updates from di mambau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan