05 di lukut - Google Blog Search |
DIELA CREATIVE: Muzium Kota <b>Lukut</b> Posted: 12 Feb 2013 03:27 AM PST Assalamualaikum wrh wbr..... Salam sejahtera kepada teman-teman semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Mungkin ada di antara teman-teman yang sudah kembali pulang dari bercuti sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, apa pun jua saya ucapkan selamat bercuti kepada anda semua. hari ini saya berkesempatan pergi melawat muzium peninggalan sejarah Kota Lukut yang terletak berdekatan dengan Port Dickson. Saja bawa anak-anak jalan-jalan ke sana, biar mereka tahu serba sedikit tentang sejarah Kota Lukut. Muzium Lukut ditubuhkan untuk mempamerkan dan menyebarkan maklumat mengenai sejarah Lukut bermula dari awal kurun ke 19 sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada pada tahun 1880. Bangunan Muzium Kota Lukut yang terletak di sebelah Timur dan di bahagian belakang kota Lukut siap dibina pada tahun 1997. Reka bentuk dan ciri-ciri utama bangunan dipercayai mengikut rupa bentuk istana Raja Jumaat bin Raja Jaafar, pemerintahan Lukut (1847-1845) yg bercirikan senibina Bugis. Inilah Muzium Kota Lukut. Muzium ini terdapat empat galeri utama iatu: Galeri A -memaparkan tentang sejarah Kota Lukut yg pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula dari kurun ke 19 di bawah pemerin beberapa pembesar. Galeri B -memaparkan tentang sejarah kedatangan adat perpatih, sistem pemerintahan Negeri sembilan dan kebudayaannya. Galeri C -memaparkan mengenai perkembangan teknologi pembuatan masyarakat tradisional dari aspek seni cipta dan seni halus dalam peralatan untuk kegunaan harian. Galeri D -memaparkan mengenai kebudayaan masyarakat Malaysia melalui kepelbagaian kebudayaan termasuklah seni budaya, pakaian, permaina tradisional, alat muzik dan sebagainya. Ini adalah lesung kaki digunakan untuk menumbuk padi untuk dijadikan beras yang digunakan oleh orang-orang dulu. Ini adalah alat permainan tradisional orang-orang Melayu iaitu gasing dan congkak. Ini pula sebahagian alat-alat muzik yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada masa itu. |
You are subscribed to email updates from di lukut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan