ads

Selasa, 5 Februari 2013

05 di lenggeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


Lagi billboard PAS dibakar <b>di</b> Negeri Sembilan

Posted: 23 Jan 2013 04:21 PM PST

(Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar (ketiga kiri) bersama AJK MTD PAS Lenggeng dan AJK PAS Kampung Sungai Jai di hadapan Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' yang dibakar)

SEREMBAN: Sebuah lagi Billboard PAS yang  dibakar di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Sungai Jai, Lenggeng di bakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian disedari oleh seorang penyokong PAS, Adnan Mohamad pada pukul 11.30 pagi.

Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' tersebut baru sahaja didirikan tiga hari sebelum kejadian di hadapan kediaman Adnan.

Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata tindakan ini melihat betapa 'desperate' dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

"Jelas bahawa Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan Manifesto berbanding Barisan Nasional. Ini bukti kita telah bersedia untuk tunaikan janji negara berkebajikan pada rakyat.

"Kita sentiasa katakan kita tidak amalkan politik rosakkan harta milik parti yang sah, kerana Malaysia sebuah negara demokrasi yang beri peluang kepada semua parti politik untuk memberi penerangan dan menyatakan apa yang berlaku," kata Zulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Berikutan kejadian itu Timbalan Ketua Cawangan PAS Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng.

Pelancaran Bilik Gerakan MTD <b>Lenggeng</b> - Pemuda PAS Seremban

Posted: 19 Jan 2012 08:46 AM PST

18 Januari 2012 - Bertempat di Taman Panchor Jaya telah diadakan perasmian bilik gerakan Majlis Tindakan DUN Lenggeng yang disempurnakan dengan jayanya oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga merangkap ahli parlimen Kuala Krai YB Dr. Hatta Ramli. Serentak dengan itu juga satu ceramah umum turut diadakan oleh Dr. Hatta Ramli, Saudara Sani Hamzan yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat dan YB Mohd. Taufek Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Turut hadir Timbalan Ketua Cabang Seremban Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek dan ahli parlimen Seremban John Fernandez.Dr. Hatta dalam ucapan beliau menggesa supaya rakyat di Negeri Sembilan khususnya yang berada di DUN Lenggeng dapat menilai kembali kerajaan UMNO/BN yang banyak melakukan penyelewengan wang negara dan merosakkan sistem demokrasi dalam negara dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara dan negeri ini.
Sebelum itu kehadiran rombongan Dr. Hatta telah disambut oleh anggota Alternative Riding Club (ARC) Seremban yang mengiringi rombongan Dr. Hatta dari Plaza Tol Senawang hingga ke pejabat MTD. Pada akhir majlis telah diadakan penyerahan bendera PAS kepada ketua-ketua Unit Peti Undi di DUN Lenggeng simbolik kepada gerak kerja PAS menawan DUN Lenggeng. Takbir!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved