Isnin, 25 Februari 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: ALCOHOL MEMBESARKAN AKU

Posted: 15 Feb 2013 12:59 AM PST


   Hari berlalu, rumah kami tidak bergelap lagi di waktu malam, L.L.N telah menyambung kan bekalan elaktrik ke rumah kami, terima kasih L.L.N (Lembaga Letrik Negara). Lampu 'gasolin' sudah di tamat kan perkhidmatan nya, bahan api 'spirits' pun sudah tidak kelihatan lagi di rumah kami, aku pun sudah jarang bermain main di kawasan rumah kerana sibuk menonton tv di siang hari.
   Suatu ketika radio antik yang sering dibaik pulih oleh abang aku telah tidak berfungsi lagi dan kini kami memiliki radio keset baru yang berharga murah. Dengan radio keset itu dapat lah aku mendengar lagu lagu dari pita keset cetak rompak kumpulan 'Carefree', 'Black dog bone', 'Flybait' dan yang paling 'fabret' aku 'Sweat Charity', kadang kadang terpaksa jugak aku mendengar lagu lagu dari 'Hail dan Uji' yang menjadi kegemaran bapak aku . Aku memutar pita keset kegemaran ku berulang ulang kali hingga lah suatu ketika radio keset itu tidak mengeluarkan suaranya dengan baik. Kawan aku cakap "Head dio dah kotor, kono cuci dongan 'speret' ", maksud dia 'spirits' lah tu, masaalah nya rumah aku ni dah tak simpan 'spirits' lagi.
   Suatu ketika tangan aku luka pasal 'kupeh' buah 'manggo tolo', darah banyak keluar, aku teringat 'Swans Alcohol' pencuci keset itu, aku terus ambil tanpa ragu ragu aku terus mencurah kan sedikit ke luka itu, rasa sejuk dan pedih sama macam 'spirits' jugak dan darah aku cepat berhenti dan luka aku cepat bertaup dan sembuh dengan cepat.
   Begitu lah peranan 'Alcohol' dalam kehidupan aku dan keluarga aku di kampung, masa itu masih didalam tahun 70an atau awal 80an, berbagai bagai kegunaan nya dalam kami menempuh kehidupan ini. Di waktu itu belum ada lagi keraguan tentang penggunaan 'Alcohol', belum ada lagi 'ustaz ustaz' yang begitu bijak pandai mengatakan bahawa 'AlCOHOL' itu haram digunakan, najis, hasil dari arak dan sebagainya. Kami tak pernah ragu ragu.
Ikhlas Dari 'Juasseh Cafe'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads