Khamis, 17 Januari 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


20 PEKAN KECIL <b>DI NEGERI SEMBILAN</b> AKAN JADI PEKAN <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 10:30 AM PST

SEREMBAN – Pekan kecil dan kawasan pertumbuhan baru akan dibangunkan secara berperingkat supaya dapat diseimbangkan antara bandar dan luar bandar.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kajian dijalankan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri dengan kerjasama 
Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kewangan negeri, Pejabat Daerah dan pihak berkuasa tempatan.
"Hasil kajian, kita dapati sebanyak 20 pekan kecil di negeri ini dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, kelmarin.
Mohamad (BN-Rantau) yang menjawab soalan Datuk Mohd. Kamil Aziz (BN-Gemencheh) memberitahu, menjadi hasrat kerajaan negeri membangunkan kawasan pekan kecil itu, lebih-lebih lagi ia mampu meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.
"Sehingga kini, sejumlah lapan cadangan pembangunan bagi pekan Ayer Hitam, Palong 16, Rompin, Chengkau, Lubok China, Ayer Mawang, Pasir Besar dan Simpang Pertang telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk pelaksanaannya.
"Manakala 12 buah pekan lagi sedang dalam perancangan dan dijangka selesai pada 2013," kata Mohamad.
Menjawab soalan lain, Mohamad menegaskan, program ekonomi yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi rakyat termiskin kini telah memasuki fasa ketiga selepas fasa pertama dan kedua diselesaikan melalui pelbagai kaedah.
"Kini kerajaan negeri memasuki fasa ketiga, di mana melibatkan pula masyarakat Orang Asli. Kita berjaya menghapuskan golongan miskin tegar, namun begitu, golongan ini akan terus wujud disebabkan pelbagai faktor," katanya.
Mengenai tanah adat terbiar yang ditanya Mohd. Kamil, Menteri Besar menegaskan, ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu daratan dan sawah.
"Ada yang telah diusahakan untuk pertanian getah dan kelapa sawit, namun bagi tanah sawah kita mahu ia dikekalkan untuk tanaman ini.
"Bagaimanapun, ia sukar untuk dimajukan kerana tanah adat mempunyai bilangan pemilik yang ramai bagi satu bidang tanah. Kerajaan akan sentiasa membantu untuk memastikan tanah berkenaan dapat diusahakan," tegasnya.

sumber : -cerito nogori 9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads