ads

Isnin, 21 Januari 2013

05 di port dickson - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Biaqpila™: Pesta Seks <b>Di Port Dickson</b> Kementerian Pelancongan <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 04:35 PM PST


PESTA SEKS DI PORT DICKSON : KEMENTERIAN PELANCONGAN NAFI ANJUR

PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Pelancongan hari ini menafikan Tourism Malaysia terlibat dalam penganjuran pesta seks di Port Dickson, Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang menganjurkan pesta tersebut Sabtu lepas dan memberi gambaran salah bahawa ia disokong Tourism Malaysia.

"Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat tersebut.

"Kementerian serta Tourism Malaysia tidak pernah menyokong kegiatan berkenaan atau memberi kebenaran untuk penggunaan logo pada acara tersebut.

Kementerian juga tidak menyokong kegiatan yang berunsurkan gejala negatif walaupun ia berlandaskan pelancongan," katanya.

Kementerian Pelancongan memandang serius perkara itu dan akan melakukan satu siasatan menyeluruh bagi mengelak insiden sedemikian terus berleluasa, sekaligus memberi persepsi buruk terhadapnya dan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan polis berjaya menggagalkan penganjuran pesta yang dikenali sebagai 'Moon Soon Beach Party' di Port Dickson yang lengkap dengan pentas dan minuman keras.

Penganjur pesta dikatakan mengguna nama sebuah hotel terkemuka dan Tourism Malaysia untuk menjual tiket secara dalam talian pada harga RM165 seorang.

Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut.

Walaubagaimanapun pesta seks yang dirancang sekumpulan remaja diberkas pihak polis, yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras.KLPOS

cananglannie

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved