ads

Sabtu, 12 Januari 2013

05 di paroi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


GELOMBANG BIRU: Ayuh ke Kompleks <b>Paroi</b>, malam ini. | umnons <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 09:53 PM PST

Gelombang Biru akan bertebaran secara agresif di seluruh negeri ini sebaik dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi pada pukul 8 malam ini.

Maka, rakyat akan melihat 'tsunami biru' melanda negeri ini dengan mesej bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang dengan majoriti besar serta menubuhkan kerajaan, sama ada di peringkat negeri, mahupun negara.

Acara kemuncak ini merupakan program lawatan kerja sehari Muhyiddin ke negeri ini,hari ini yang mana dimulakan dengan pertemuan tertutup bersama barisan kepimpinan BN di bangunan Wisma UMNO, selain mendengar taklimat dan persiapan jentera BN negeri ini bagi menghadapi pilihan raya umum kelak.

"Pada pukul 8 malam nanti, pemimpin negara ini akan disambut oleh 70,000 belia, penyokong BN dan orang ramai di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi serta melancarkan jentera Gelombang Biru BN peringkat negeri," ujar Pengerusi Perhubungan UMNO, YAB Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj Hasan.

Justeru katanya, orang ramai, belia dan seluruh penyokong setia BN, dijemput datang dengan memakai baju biru malam ini di Paroi.

Dengan pelancaran itu kelak, maka Gelombang Biru akan membasuh 'tsunami politik 2008′ dengan beberapa pembaharuan dan berpandukan kepada semangat berkobar-kobar malam ini, maka bermulalah agenda untuk merampas kembali kerusi yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu serta mempertahankan kerusi dimenangi.

Hari ini, ucapan dan amanat Timbalan Perdana Menteri, selain ucapan beberapa presiden parti dan Mohamad, lebih terarah kepada semangat juang yang tinggi.

Maka ayuhlah kita ke Paroi untuk sama-sama meledakkan Gelombang Biru demi agama, bangsa dan tanah air serta masa hadapan rakyat negeri dan negara ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved