ads

Khamis, 31 Januari 2013

05 di juasseh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: NITROUS OXIDE DAN ALAM SEKITAR

Posted: 31 Jan 2013 01:31 AM PST


Alam sekitar adalah satu isu yang sentiasa menjadi topik perbicanngan dan perdebatan diseluruh dunia khususnya negara negara yang maju yang pesat dengan pembangunan. Industri pembuatan dan pertanian menjadi fokus utama dalam penyebab masaalah alam sekitar dan pemanasan global.
   Masyarakat dari negara negara maju begitu mengambil berat tentang permasaalahan ini, berbagai  peraturan dan undang undang telah di wujudkan yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara negara itu adalah New Zealand, kerajaan Wallington itu yang menguatkuasa kan peraturan berkaitan alam sekitar untuk memenuhi komitmen dibawah Protokol Kyoto demi mengawal pemanasan global.
   Peraturan itu adalah untuk meminimumkan keluaran gas metana yang dibebaskan dari hasil perusahaan arang batu, gas asli, minyak dan pertanian. Antara peraturan itu nampak pelik dan tidak masuk akal seperti mengenakan denda berbentuk cukai keatas 'kentut' dan 'sendawa' haiwan ternakan seperti lembu, kambing, rusa dan sebagainya. Menurut kajian, lembu, kambing dan rusa membebaskan sejumlah besar gas metana melalui aktivit 'kentut' dan 'sendawa' haiwan itu. Di New Zealand, 90% gas metana yang dibebaskan terhasil dari haiwan ternakan, misalnya seekor lembu membebaskan purata 350 liter gas metana dan 1500 liter karbon dioksida sehari melalui 'kentut' dan 'sendawa'.
   Selain dari gas karbon dioksida (carbon dioxide)  dan metana(methene) pemanasan global juga di sumbangkan oleh gas Flourin begitu juga nitrus oksida(nitrous oxide) . Keempat bahan ini dipanggil 'Gas rumah hijau'(GHGs), kesemua gas gas ini dilepaskan melalui proses semula jadi dan oleh aktiviti aktiviti yang di lakukan oleh manusia.
   Karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, pokok pokok dan tindakbalas kimia seperti pembuatan simen namun begitu karbon dioksida akan dikeluarkan dari atmosfera apabila diserap oleh tumbuh tumbuhan.
   Metana dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak. Metana juga dilepaskan oleh aktiviti penternakan dan pertanian serta sisa organik di tapak pelupusan pepejal.
   Gas Flourin samada Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon dan Sulfur Heksafluorida merupakan GHGs sintetik yang kuat dan di bebaskan oleh proses industri. Gas flourin kadang kadang digunakan sebagai penganti bahan penipisan ozon seperti Chlofluorocarbon(CFCSs), Hydroclorofluorocarbon(HCFCs) dan Halon. Gas gas ini biasanya dibebaskan dalam kuantiti yang kecil tetapi disebab kan kekuatannya, mereka dikenali sebagai gas berpotensi tinggi untuk menyebabkan pemanasan global.
   Nitrus oksida atau Nitrous oxide (N2O) dibebasakan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dan sisa pepejal. N2O terhasil secara semula jadi dari aktiviti bacteria didalam tanah dan lautan, ia sebahagian dari atmosfera bumi selama ini.
   Pertanian adalah adalah penyumbang utama oleh manusia menghasilkan N2O. Aktiviti yang berkaitan dengan tanah seperti penggunaan baja nitrogen dan pengguaan bahan buangan haiwan akan menghasilkan bacteria semulajadi dan seterusnya mengeluarakn lebih lagi N2O. Ternakan seperti lembu, ayam dan babi mengeluarkan 65% dari perkara yang berkaitan manusia yang menghasilkan N2O. Manakala sumber industri hanya antara 20% dari semua sumber berkaitan manusia atau di sebut 'anthropogenic source', termasuk penghasilan nylon dan pembakaran bahan bakar 'fossil' untuk enjin.
   Secara pecahan aktiviti manusia dikira 30% penyumbang manakala tanah dalam iklim tropikal dan lautan melepaskan 70% N2O yang bertindak balas dengan 'ozone' diruang lapisan 'stratosphere' didalam atmosfera bumi.
   N2O memberi peningkatan kepada 'nitric oxide' atau NO untuk bertindak balas dengan zarah 'atom' oxygen dan NO dalam 'turn reacts' atau bermaksud 'reaksi timbal balik' dengan 'ozone', hasil dari itu ia menjadi 'pengatur kejadian secara semulajadi' kepada lapisan 'stratospheric' ozone. N2O menjadi penyumbang utama 'gas rumah hijau' dan pencemaran udara kepada bumi, jika dalam jarak 100 tahun, N2O adalah 298 kali lebih memberi kesan dalam anggaran 'berat per unit' potensi pemanasan dunia berbanding 'karbon dioksida'.
   Disebabkan kepekatannya yang rendah N2O adalah antara empat terbesar penyumbang 'gas rumah hijau' dibelakang wap air, karbon dioksida dan 'methane'. Mengawal N2O adalah sebahagian dari usaha mencegah pengeluaran 'gas rumah hijau'.
   Dari semua fakta tentang pemanasan global, dapatlah di ringkaskan tentang punca segala pemasalahan ini. Dari apa yang difahami faktor manusia adalah penyumbang utama semua ini berlaku. Kepadatan manusia yang meningkat setia hari malah setiap saat akan menyumbang kepada penambahan dalam sektor pertanian dan ini akan menambahkan kewujudan gas gas rumah hijau, kemudian akan berlaku pemusnahan hutan untuk kawasan pertanian yang akan mengurangkan serapan keatas gas gas rumah hijau tersebut. Keinginan dan keperluan manusia akan menambahkan lagi industri industri pembuatan yang pasti nya akan menyumbangkan kapada kemusnahan alam semula jadi.
   Tiada apa yang boleh kita laku kan untuk menghenti kan semua ini, ia akan terus berlaku dan berlaku tanpa henti sehingga kemusnahan total keatas bumi ini berlaku. Mulai dari ini mari lah kita memikirkan sejenak apakah yang boleh kita laku kan untuk melambatkan proses pemusnahan alam sekitar kita ini dan mengurangkan pemanasan global yang melampau hari demi hari. Semoga anak cucu kita masih mampu untuk menikmati sisa sisa keindahan alam semula jadi yang semakin pupus ini.
Sekian, Ikhlas dari 'Juasseh Cafe'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved