ads

Selasa, 8 Januari 2013

05 di bahau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


Ceramah Motivasi Pelajar <b>di</b> SMK Seri <b>Ampangan</b>, Seremban

Posted: 03 Jan 2013 10:57 PM PST


4 Januari 2013, Seremban : Satu Program Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Seri Ampangan, Seremban. Program ini telah diadakan sebelum para pelajar Tingkatan 4 membuat keputusan di dalam memilih subjek elektif masing-masing yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2012 yang lalu.
Menurut En Faizal yang merupakan Kaunselor SMK Seri Ampangan yang juga merupakan penyelaras program ini, "Program ini merupakan program tahunan, dan slot ini diadakan bertujuan bagi mewujudkan motivasi di dalam diri para pelajar dan menyemat cita-cita untuk berjaya. Mereka juga diharapkan dapat menetapkan sasaran serta matlamat hidup mereka dan sentiasa menanam semangat untuk menjadi seorang pelajar cemerlang".
Ceramah Motivasi pada kali ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Ceramah selama 2 jam ini bermatlamat meletakkan para peserta program agar mengubah persepsi minda serta gaya pemikiran mereka dan berazam untuk me'rejuvenasi'kan pemikiran mereka agar boleh mendepani cabaran serta dugaan dewasa ini.
Menurut Sdr Syamsul "Rejuvenasi ini membawa maksud meremajakan pemikiran agar mereka tidak berfikir dengan cara baru kerana dibimbangi mereka akan ketinggalan di dalam menghadapi cabaran dan akhirnya mereka gagal di dalam pembelajaran, kerjaya dan kehidupan mereka. Atas dasar itu, menerusi slot ceramah ini kita harapkan mereka akan berjaya menetapkan matlamat yang sebenar agar mereka tidak lari dari landasan perjuangan mereka untuk menjadi seorang yang berjaya".
Ceramah selama 2 jam ini nyata tidak membosankan malahan berjaya menarik minat para peserta sejak mula hingga lah ke akhir ceramah ini berlangsung.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan jutaan tahniah di atas usaha serta inisiatif SMK Seri Ampangan di dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini serta didoakan selamat maju jaya buat para pelajar yang terlibat.
Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved