Isnin, 12 November 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Ribuan Hadir Himpunan Rakyat <b>di Negeri Sembilan</b> - PAS Kawasan <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 01:28 AM PDT











Ribuan yang hadir pada perhimpunan anjuran Rakatan Rakyat ini menunjukkan kubu kuat BN di Negeri Sembilan sudah dapat ditembusi, dan berkemungkinan besar akan roboh dan berjaya ditawan pada PRU13 nanti.

Negeri Sembilan mendapat perhatian peminat politik apabila kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 tidak mempunyai kuasa 2/3. 

Dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, DAP berjaya memenangi 10 dari 11 kerusi yang ditandinginya, PKR menang empat dari 12 kerusi manakala PAS menang satu dari 13 kerusi yang ditandingi. 

Di peringkat Parlimen pula, DAP mendapat dua kerusi Parlimen manakala PKR mendapat satu dari lapan kerusi Parlimen di negeri ini. 

Ini bermakna, Pakatan Rakyat hanya memerlukan empat kerusi DUN sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN Negeri Sembilan itu. 

Inilah yang merisaukan BN. Apabila Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan bersama mereka di Senawang mulai petang ini, BN dipercayai di belakang konsert nyanyian yang dinamakan Majlis Perpaduan Negeri Sembilan Sehati Sejiwa itu.
  
Namun terbukti, yang sehati sejiwa adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat apabila rakyat berbilang kaum bersatu hati di sebuah padang usang di Senawang itu. 

Pelbagai jenis permainan dan persembahan rakyat di persembahkan di majlis itu bukannya melibatkan artis Melayu sahaja sebagaimana yang berlaku di padang MPS itu tetapi juga penyanyi Cina, India dan artis-artis baru yang menyertai Pakatan menyerikan majlis ini. 

Di samping itu, pelbagai jenis kesenian rakyat pelbagai kaum dipersembahkan di majlis ini. 

"Jika 45% pengundi Melayu di Negeri Sembilan memihak kepada Pakatan kali ini, Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan di negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang," kata Dr Rosli Yaakob, AJK PAS Pusat yang ditemui di Senawang petang tadi. 

Dalam PRU 2008, 35% pengundi Melayu memberikan undi kepada Pakatan Rakyat manakala 65% pengundi Cina memberikan undi kepada Pakatan. 

Bagi Dr Rosli, angka 45% sokongan pengundi Melayu tidak lagi mustahil dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, angin perubahan bertiup kencang di Negeri Sembilan ini. 

"Jika pengundi Cina boleh memberikan undi sehingga 80%, ketika itu bebanan untuk mendapatkan undi Melayu semakin kurang," kata Dr Rosli yang pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara itu. 

Apakah PAS mampu memberikan sekurang-kurangnya empat lagi kerusi untuk menjatuhkan BN itu? Dr Rosli dengan penuh yakin, ia boleh dilakukan. 

Sudah pasti peristiwa ini akan membangkitkan semangat pegawai kerajaan dan pengundi di Putrajaya untuk mengundi PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads