ads

Khamis, 29 November 2012

05 di seremban - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


35 GRO separuh bogel ditahan <b>di Seremban</b>. - UtaraNews - The <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 04:00 AM PST

Seramai 35 wanita warga asing termasuk empat berusia di bawah 18 tahun yang disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut ditahan dalam serbuan di beberapa premis hiburan dan rumah urut di sekitar bandar ini dan Jempol, malam tadi. Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, semua wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 14 hingga 34 tahun itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar dengan bekerja di negara ini.

 "Dalam serbuan pertama pada 9.30 malam pihak kami menyerbu sebuah premis hiburan di Taman Bukit Kepayang di sini dan menahan seramai 24 gadis warga Vietnam dan dua warga China yang dipercayai bekerja sebagai GRO. "Empat daripada gadis Vietnam ditahan itu berusia 14 hingga 16 tahun dan pemeriksaan lanjut mendapati tiga daripada mereka memasuki negara ini menggunakan pas pelancong manakala seorang lagi memiliki pas pelajar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini

. Katanya, dalam satu lagi serbuan di sebuah pusat hiburan di Senawang, dekat sini pihaknya menahan dua wanita warga Myanmar berusia 29 dan 30 tahun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Sementara itu di Jempol pula, Faizal Fazri berkata, pihaknya membuat pemeriksaan di enam rumah urut dan menahan tujuh wanita warga China berusia antara 20 hingga 40 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja di premis-premis berkenaan. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved